Skip to main content

Singapura

Persatuan Kebajikan Kucing dapatkan khidmat penyiasat cari suspek bunuh kucing di Nee Soon

Para penggemar haiwan mengesyaki terdapat individu yang membunuh kucing di kawasan Nee Soon.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 02 Jun 2025 09:26PM Dikemas Kini : 02 Jun 2025 09:45PM
SINGAPURA: Para penggemar haiwan mengesyaki terdapat individu yang membunuh kucing di kawasan Nee Soon.

Ini setelah satu lagi bangkai kucing ditemui di kawasan berkenaan pada Ahad (1 Jun) dengan kaki belakangnya dalam posisi tidak semula jadi.

Bangkai berkenaan ditemui di berdekatan tempat di mana kucing yang diberi nama King Kong ditemui mati bulan lalu.

Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) sudahpun mengupah seorang penyiasat peribadi dan menawarkan ganjaran sebanyak S$5,000 untuk mencari suspek yang terlibat.

Mereka juga merancang untuk melakukan lebih banyak lawatan rumah ke rumah di kawasan itu dengan harapan untuk menemukan seorang saksi.

Seorang peguam berkata, salah satu cabaran apabila berurusan dengan kes penderaan haiwan adalah kesukaran untuk mengenal pasti pesalah kerana mangsa tidak mungkin tampil untuk memberi saksi di mahkamah.

"Jika dia ditangkap buat kali pertama, kesalahan-kesalahan itu akan diambil sebagai pesalah kali pertama. Tetapi apa yang pihak pendakwa boleh lakukan adalah untuk mengambil setiap satu kesalahan tersebut, jika mereka boleh membuktikan kaitannya dengan individu itu sebagai dakwaan berasingan, dan justeru mendapatkan hukuman berasingan terhadap pesalah itu, kata seorang peguam dari syarikat guaman IRB Law, Encik Pang Khin Wee.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita