Persatuan industri baru dibentuk beri perwakilan kepada karyawan wanita dalam sektor hartanah
Golongan wanita dalam sektor hartanah boleh menjangkakan lebih banyak perwakilan dengan terbentuknya persatuan industri baru.
SINGAPURA: Golongan wanita dalam sektor hartanah boleh menjangkakan lebih banyak perwakilan dengan terbentuknya persatuan industri baru.
Berucap di pelancaran Persatuan Wanita Hartanah, Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara Indranee Rajah berkata beliau berharap ia akan memacu tahap profesionalisme dalam sektor itu dengan tumpuan khas bagi peranan wanita.
Cik Indranee juga menekankan kepercayaan dan profesionalisme penting bagi industri berkenaan.
Beliau menggesa para ejen dan pihak agensi agar memainkan peranan meningkatkan kedua-dua perkara itu.
Mentelah lagi, rakyat Singapura bergantung kepada mereka untuk mendapatkan nasihat berguna berhubung urus niaga hartanah.
Cik Indranee menasihati para ejen supaya tidak berkompromi dengan kepentingan para klien semata-mata untuk memastikan urus niaga sesuatu hartanah dapat dicapai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.