Persatuan Disleksia sediakan program bantu mereka yang alami Diskalkulia belajar konsep Matematik
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Nur Arina Ahmad Anis )
SINGAPURA: Bayangkan anak anda sudah berusia 10 tahun, namun masih belum boleh mengira wang atau tentukan waktu.
Ini kesukaran yang lazim dihadapi mereka yang mengalami Diskalkulia.
Menurut perangkaan Persatuan Disleksia Singapura tahun ini, sehingga 3 peratus pelajar yang mengikuti program bersamanya menghadapi Diskalkulia.
Kadar itu tidak banyak berubah dalam masa 5 tahun dan ini mungkin disebabkan kesedaran rendah dalam kalangan masyarakat.
Wartawan Nur Arina Ahmad Anis bertemu seorang pelajar darjah empat dari Sekolah Rendah CHIJ Kellock yang mengalami Diskalkulia bagi memahami antara cabaran yang dihadapi golongan tersebut.
Pada zahirnya, Heidi Yap sama sahaja seperti kanak-kanak lain.
Namun, dia sebenarnya mengalami Diskalkulia iaitu satu keadaan neurologi yang menjejas kebolehannya memahami konsep-konsep Matematik dan nombor.
"Kadangkala rakan-rakan saya membuat saya berasa tidak sebijak mereka. Contohnya kalau saya minta bantuan mereka di sekolah, mereka akan lepas cakap dan berkata 'senang sekali dan jawapannya amat jelas, kenapa awak tak tahu?' Jadi ia membuat saya berasa amat sedih dan bingung kerana mereka berkata begitu," luah Heidi kepada BERITA Mediacorp.
Meskipun lemah dalam pelajaran Matematik, Heidi berkongsi bahawa ia sebenarnya adalah subjek yang paling digemarinya.
Apabila ditanya mengapa, dia berkata ia kerana dia suka proses menghuraikan sesuatu masalah Matematik.

TAHAN LAPAR KERANA TIDAK TAHU KIRA WANG
Heidi berkongsi bahawa pernah beberapa kali dia menahan lapar di sekolah dan tidak membeli makanan semasa waktu rehat kerana tidak tahu mengira wang.
Heidi juga belum boleh mengatur jadual dan menguruskan masa dengan baik.
Menurut ibunya, Cik Belle Loh, 44 tahun, anaknya didiagnos mengalami Diskalkulia pada usia sembilan tahun.
"Saya berpendapat kesedaran mengenai Diskalkulia tidak cukup. Saya rasa ia akan mengakibatkan kanak-kanak itu resah dan boleh menyebabkannya kemurungan. Saya berpendapat bahawa para pendidik lebih fokus kepada cabaran berkaitan akademik dan tidak menumpukan kepada isu-isu lain. Ini menyebabkan kepada sikap tidak memahami dan kurang ihsan," ujar Cik Belle.
Beliau tergerak untuk membawa anaknya berjumpa doktor setelah menyedari kesukaran Heidi memahami konsep-konsep Matematik.
Sebagai ibu, beliau berkongsi bahawa beliau berasa lega apabila mengetahui sebab sebenar anaknya sangat lemah dalam subjek Matematik.
Katanya, dengan diagnosis tersebut beliau dan suaminya, Encik Eric Yap dapat memberikan bantuan dan sokongan yang sewajarnya kepada Heidi.
Untuk membantu golongan seperti Heidi, satu program bimbingan Matematik diadakan di Persatuan Disleksia Singapura (DAS).
Heidi menghadirinya sejak Februari lalu bagi memahami konsep-konsep seperti mengira dengan cara berbeza.
Menerusi kaedah khas sebegitu, ia membolehkannya memahami konsep-konsep Matematik yang penting, sekaligus dapat mengaplikasikannya untuk menjawab soalan-soalan Matematik.
Tidak seperti pedagogi digunakan di sekolah, cara mengajar di kelas DSA lebih menggunakan cara praktikal dan visual menggunakan alat-alat yang disediakan.
PERBEZAAN ANTARA DISKALKULIA DAN DISLEKSIA
Menurut Ketua Terapi Pembelajaran, Cik Siti Aishah Shukri, Diskalkulia tidak sama seperti Disleksia.
Jika Disleksia, masalah pembelajaran disebabkan kesukaran membaca tapi Diskalkulia pula menurut beliau, kerana susah untuk mengira dan memahami konsep Matematik.
Cik Siti Aishah berkata, "Diskalkulia dapat memberikan kesan yang ketara kepada kehidupan seharian kanak-kanak dalam pelbagai cara. Ini kerana konsep kemahiran Matematik adalah penting dalam kehidupan seharian dan kesusahan ini akan memberi kesan pada harga diri mereka dan juga interaksi sosial di mana mereka rasa mereka tidak selayak dengan teman-teman sebaya mereka dan ini akan membawa perasaan kekecewaan atau kebimbangan."
Oleh itu menurut Cik Siti Aishah, intervensi awal adalah amat penting kerana ia boleh bantu mereka atasi cabaran-cabaran yang dihadapi.
DAS turut menawarkan dermasiswa kepada kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah untuk mendapat bantuan yang diperlukan.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.