Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Persatuan dagangan dibentuk bantu syarikat permainan komputer, e-sukan, sedia pekerjaan

 Syarikat-syarikat permainan komputer dan e-sukan bakal meraih manfaat dengan pelancaran sebuah persatuan baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2020 08:44PM Dikemas Kini : 03 Aug 2020 08:53PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat permainan komputer dan e-sukan bakal meraih manfaat dengan pelancaran sebuah persatuan baru.

Singapore Games Association (SGGA) mahu menghubungkan firma-firma tempatan ke arena antarabangsa.

Dengan sokongan beberapa agensi pemerintah, persatuan itu juga berusaha untuk membantu ekosistem permainan komputer dan e-sukan yang mampan di samping meletakkan Singapura di mata dunia.

SGGA berkata sokongan pemerintah bermakna ia dapat memberi pentauliahan kepada syarikat-syarikat sebagai perniagaan yang dikendalikan dengan baik.

Itu akan mempercepatkan lagi peluang-peluang latihan, usaha sama serta lawatan ke luar negara.

Persatuan itu mahu mengadakan lebih banyak bengkel dan acara untuk membantu perniagaan merapatkan jurang set kemahiran seperti pengetahuan perakaunan dan undang-undang.

Ia turut berharap untuk memupuk kesedaran tentang kepelbagaian pekerjaan yang tersedia dalam industri itu bagi lulusan atau golongan pertengahan kerjaya menerusi acara-acara seperti Hari Industri. 

Sumber : CNA/SY/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan