Persatuan Bahas tidak berlaku adil terhadap lelaki bunuh diri susuli dakwaan salah laku seksual
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/Tributes to Lucas Li
SINGAPURA: Hakim Mahkamah Tinggi pada Selasa (23 Mei) memberikan kemenangan separa undang-undang kepada bapa seorang lelaki yang membunuh diri selepas dakwaan salah laku seksual membawa kepada tindakan disiplin oleh sebuah pertubuhan bahas tempatan.
Encik Lucas Li Guangsheng membunuh diri pada usia 31 tahun pada 8 Ogos 2018 selepas Persatuan Bahas (Singapura) mengeluarkan kenyataan secara terbuka berhubung dakwaan tersebut, tanpa menamakannya.
Encik Lawrence Li See Kit, yang bertindak sebagai wakil peribadi anaknya, menyaman Persatuan Bahas dalam perbicaraan sivil yang berlarutan selama dua tahun.
Semasa menyampaikan keputusan tersebut, Hakim See Kee Oon berkata pokok persoalan dakwaan plaintif adalah tindakan persatuan tersebut yang "terlalu cuai dan melulu" sehingga menyebabkan anaknya mengalami "tindak balas tekanan akut" yang membawa kepada bunuh diri.
Tindakan ini termasuk mengharamkan Lucas daripada semua acara persatuan dan memaklumkan -rakan-rakan kongsi yang lain untuk menghalangnya daripada menyertai mana-mana pertandingan atau kem yang dianjurkannya secara bersama.
Hakim mendapati tindakan itu menyalahi undang-undang kerana Persatuan Bahas telah bertindak di luar kuasa yang dinyatakan dalam perlembagaannya, dan kerana tindakan ini melanggar "peraturan keadilan semula jadi" - khususnya peraturan untuk perbicaraan yang adil dan tidak berat sebelah.
"Setelah meneliti dapatan laporan audit, defendan memutuskan untuk mengutamakan keselamatan dan perlindungan anggotanya, terutama mereka yang bawah umur," kata Hakim See mengenai tindakan Persatuan Bahas.
"Motivasi utamanya adalah untuk bertindak secara bertanggungjawab, tegas dan pantas dalam mengambil langkah pencegahan dan pembetulan. Keputusan defendan tidak boleh dipersalahkan dalam hal ini.
"Tetapi dalam mengambil langkah yang dilakukan oleh defendan, keperluan untuk si mati diberikan haknya untuk didengari dan mengelakkan berat sebelah yang jelas melalui prasangka, malangnya menjadi kabur. Proses itu malangnya tidak adil dan memudaratkannya."
Hakim kemudian mengarahkan pengisytiharan bahawa larangan dan notis terhadap Encik Lucas Li menyalahi undang-undang dan ia harus diketepikan.
Hakim juga menolak tuntutan lain plaintif, termasuk semua tuntutan ganti rugi dan menolak hujah bahawa persatuan itu cuai dan melanggar kewajipannya terhadap Encik Lucas Li.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.