Persaraan mikro meningkat 1.4 kali ganda: LinkedIn
Persaraan mikro atau 'microretirement' merupakan salah satu trend yang baharu muncul dalam corak pekerjaan tempatan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persaraan mikro atau 'microretirement' merupakan salah satu trend yang baharu muncul dalam corak pekerjaan tempatan.
Ia merujuk kepada jeda atau berehat di tengah-tengah kerjaya yang sering berlaku untuk beberapa bulan.
Persaraan mikro diambil untuk berehat, menimba kemahiran baharu atau meneroka minat peribadi.
Menurut LinkedIn, persaraan mikro sedemikian meningkat sebanyak 1.4 kali ganda.
Di samping itu, 17 peratus daripada mereka mengambil cuti kerjaya tahun lalu bagi tujuan peribadi, meningkat daripada 12 peratus pada 2020.
Beberapa individu, seperti Chen Zhi Liang, memulakan usaha mereka sendiri, kerana ia menawarkan kawalan yang lebih besar ke atas masa dan kerja mereka.
"Dalam menjalankan perniagaan saya sendiri sekarang, saya akan mengatakan bahawa ia jauh berbeza daripada pekerjaan saya sebelum ini. Saya masih buat reka bentuk, melakukan pembangunan. Dari segi itu, saya masih tahu bagaimana untuk menangani pelbagai jenis masalah dan cabaran," kata pemilik perniagaan itu.
Beliau juga akur bahawa mempunyai masa rehat berpanjangan adalah satu keistimewaan, kerana beliau mempunyai jumlah simpanan yang baik dari pekerjaannya dan tugas sambilan.
Namun, para pakar mengatakan ramai yang masih mempertimbangkan persaraan mikro kerana rasa keletihan dan keutamaan yang berubah - sesuatu yang memerlukan penyesuaian daripada syarikat-syarikat.
"Jika syarikat mempunyai program yang tersedia untuk pekerja mereka, maka pekerja akan berasa diberi kuasa untuk mengambil cuti, dan mereka tidak akan melihat cuti ini sebagai mempunyai stigma, atau, dianggap seperti menghilang diri. Tetapi lebih kepada peluang untuk tumbuh, peluang untuk mempelajari kemahiran baharu, atau mendapatkan perspektif, atau bahkan hanya penyegaran mental," kata Ketua Ekonomi (Asia-Pasifik) LinkedIn, Chua Peiying.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.