Skip to main content

Singapura

Persaingan kunci pastikan rakyat SG ada akses kepada insurans boleh dimampui dalam jangka panjang: MAS

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 06 Aug 2024 09:30PM Dikemas Kini : 07 Aug 2024 12:05AM
SINGAPURA: Penguasa Kewangan Singapura (MAS) menyatakan, memupuk pasaran insurans yang bersaing adalah kunci bagi memastikan rakyat Singapura ada akses kepada pilihan polisi insurans yang dimampui dalam jangka panjang.

Ini sedang lapan soalan diajukan di Parlimen pada Selasa (6 Ogos) berhubung isu pengambilalihan taruhan majoriti dalam syarikat Income Insurance oleh syarikat Jerman, Allianz.

Soalan-soalan tersebut dijawab Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Alvin Tan dan Menteri Kedua Kewangan dan Anggota Lembaga MAS, Chee Hong Tat.

Encik Tan akur dengan komitmen Allianz untuk menghormati polisi Income Insurance sedia ada, menyertai program-program insurans kebangsaan dan meneruskan komitmen-komitmen amalnya.

Beberapa AP meminta lebih banyak penjelasan dalam sesi soal jawab yang mengambil masa lebih sejam.

Anggota Parlimen, SMC Bukit Panjang Liang Eng Hwa bertanya: "Dengan NTUC Enterprise menyerahkan kawalan Income kepada syarikat asing, bagaimanakah NTUC Enterprise dapat memastikan syarikat yang diambil alih itu, yang akan menjadi milik asing, kini dapat terus melakukan yang terbaik seperti yang selalu ia lakukan sebelum ini? Dan sekiranya entiti yang diambil alih tidak lagi mampu melakukan banyak kebaikan, adakah Pemerintah akan bersedia untuk campur tangan bagi menutup jurang itu?"

Sementara itu, Ketua Pembangkang Pritam Singh pula mengajukan pertanyaan sama ada MAS, sebagai pengawal selia syarikat insurans, sudah memeriksa NTUC mengenai komitmen yang dibuat itu memandangkan NTUC Enterprise akan menjadi pegangan saham minoriti jika perjanjian itu berjaya?

Encik Tan menjelaskan bahawa misi sosial Income sudahpun melalui evolusi.

"Ia hanya menawarkan dua pilihan kos rendah sekarang, dan projek lain mempunyai pilihan bersaing dan dikawal selia dengan baik.

"Ada juga pendekatan berbeza-beza untuk bagaimana NTUC Enterprise dan Income perlu menangani realiti di lapangan. Jadi persoalannya adalah sama ada pendekatan NTUC Enterprise dan Income adalah yang tepat. Pada akhirnya, masa akan menentukan. Ia adalah suatu keputusan. Itulah kepimpinan. Itulah keputusan kepimpinan," tambahnya.

Sementara itu, Encik Chee memberi jaminan bahawa tidak akan ada perubahan kepada terma dan syarat kontrak insurans sedia ada.

MAS kata beliau mahu Income memenuhi tanggungjawabnya kepada semua pemegang polisi di bawah kontrak sedia ada.

Encik Chee juga berkata landskap insurans sudah berubah sejak penubuhan Income Insurance.

Kini lebih daripada 50 penyedia insurans menawarkan produk secara langsung bagi memenuhi demografi dan keperluan individu dan firma yang berbeza.

Akibatnya pasaran insurans yang dikuasai Income Insurance merosot kepada bawah 10 peratus pada Selasa.

NTUC sudahpun melaburkan S$630 juta untuk mengekalkan modal penampan Income yang pada asasnya adalah wang tambahan yang diperlukan oleh pengawal selia untuk memastikan bahawa pelanggan selamat.

Memandangkan perubahan landskap dan peraturan sedemikian, mereka mengatakan langkah yang dicadangkan ini bertujuan membawa kepakaran daripada Allianz, untuk menjadikan Income Insurance mampan dari segi kewangan.

Para AP juga menyuarakan kebimbangan mereka tentang bagaimana penggabungan itu boleh menjejas kakitangan Income Insurance.

Mereka juga menyuarakan bahawa sebuah anak syarikat kumpulan Allianz membayar AS$6 bilion (S$7.9 bilion) pada 2023 selepas seorang hakim Amerika Syarikat mendapati ia memberi gambaran salah mengenai risiko pelaburan.

Encik Chee berkata bahawa pertubuhan yang bertanggungjawab itu bukan lagi sebahagian daripada kumpulan itu.

"Masih terlalu awal untuk kita mula bercakap tentang beberapa isu berpotensi ini. Tetapi jaminan yang saya ingin berikan kepada para AP dan juga kepada pekerja kami ialah kami mahu Income dan Allianz, kami jangkakan entiti ini melayan pekerjanya secara adil dan mematuhi sepenuhnya undang-undang dan garis panduan pekerjaan MOM," jelas Encik Chee.
Sumber : CNA/SY/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita