Perpustakaan Woodlands ditutup sementara akibat paip bocor
Perpustakaan Daerah Woodlands akan dibuka semula hari ini selepas ditutup sementara akibat paip bocor semalam (8 Apr), menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
SINGAPURA: Perpustakaan Daerah Woodlands akan dibuka semula hari ini selepas ditutup sementara akibat paip bocor semalam (8 Apr), menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).
Para pengunjung boleh ke perpustakaan berdekatan lain di Sembawang dan Yishun, tambah NLB di laman media sosialnya.
"Kepada para pengunjung, Perpustakaan Daerah Woodlands ditutup sementara hari ini akibat paip bocor. Perpustakaan akan dibuka semula esok, 9 April 2019," menurut papan tanda di hadapan pintu masuk perpustakaan itu.
"Kami kesal di atas sebarang kesulitan yang dihadapi."
Mediacorp sudah menghubungi NLB bagi perincian lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.