Perpustakaan S'pura jalani peningkatan digital, kandungan bahasa ibunda
SINGAPURA: Perpustakaan-perpustakaan di Singapura akan menjalani peningkatan digital dan kandungan bahasa ibunda yang baru bagi menjadikan pembelajaran kekal relevan kepada lebih banyak golongan masyarakat.
Ini adalah sebahagian pelan induk lima tahun Lembaga Perpustakaan Negara.
Lebih dari 60 peratus penduduk mengunjungi perpustakaan atau mengakses bahan kandungan online NLB tahun lalu.
Khidmat kemudahan yang lebih komprehensif buat pengguna kurang upaya juga akan dimulakan di Perpustakaan Daerah Punggol.
Ia termasuk koleksi bahan bacaan braille dan penggunaan deria, bahasa isyarat dengan teks, serta buku-buku yang berguna buat para penjaga dalam kemahiran hidup dan sosial.
Teknologi juga akan disediakan bagi warga dengan keperluan bahasa yang berbeza.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.