Skip to main content

Singapura

Perpustakaan 'pop-up' tampilkan lebih 20 buku yang jadi inspirasi presiden SG

Ingin tahu apakah antara buku-buku yang memberi inspirasi kepada presiden Singapura dahulu dan sekarang?

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jul 2025 06:50PM Dikemas Kini : 29 Jul 2025 12:54PM
SINGAPURA: Ingin tahu apakah antara buku-buku yang memberi inspirasi kepada presiden Singapura dahulu dan sekarang?

Sebuah perpustakaan 'pop-up' baharu di Plaza Singapura menampilkan 21 buku yang disarankan oleh tiga presiden Singapura.

Inisiatif itu bertujuan memupuk tabiat membaca sempena ulang tahun ke-30 Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Perpustakaan itu dilancarkan secara rasmi oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam pada Sabtu (12 Jul), bersama-sama presiden sebelumnya Puan Halimah Yacob dan Dr Tony Tan.

Perpustakaan itu menggabungkan buku, sejarah dan warisan di bawah satu bumbung.

Ia turut memaparkan 40 buku lain yang berkaitan Presiden dahulu dan sekarang.

Orang ramai boleh mengunjungi perpustakaan tersebut sehingga 2 Sept.

Kata Encik Tharman: "Kebanyakan orang tidak tahu banyak tentang sisi kemanusiaan setiap presiden kita, bagaimana mereka membesar, apakah minat mereka dan bagaimana satu perkara membawa kepada perkara lain dalam hidup mereka

"Orang ramai tidak mengenali keseluruhan diri mereka dan bagaimana mereka menjadi begitu. Jadi buku-buku, bacaan dan wawancara oleh pelbagai pihak mengenai setiap presiden, sangat menarik kerana dapat menunjukkan keperibadian mereka."

Pustakawan Kanan (Melayu), Perancangan & Pembangunan Koleksi, NLB, Nur Fitri Muhammad Syafrah pula mengatakan bahawa perpustakaan tersebut akan dapat memberikan gambaran yang lebih baik tentang pengaruh membaca dalam kalangan presiden-presiden Singapura.

"Orang ramai akan memahami bagaimana membaca itu mempengaruhi kehidupan presiden-presiden kita dan juga prinsip kehidupan mereka, dan NLB juga mengharapkan menerusi usaha-usaha seperti ini orang ramai yang datang akan tertarik untuk memulakan perjalanan membaca, belajar dan penemuan yang sangat menarik," ujar beliau.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita