Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perpustakaan pertama SG dengan khidmat layan diri sepenuhnya dibuka

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Feb 2023 07:34PM Dikemas Kini : 20 Feb 2023 09:14PM
SINGAPURA: Perpustakaan pertama dengan khidmat layan diri penuh di Singapura dibuka pada Isnin (20 Feb).

Terletak di City Square Mall untuk tempoh enam bulan akan datang, perpustakaan tersebut mahu menjadikan proses meminjam buku lebih mudah.

Ia turut menggunakan teknologi canggih seperti robot yang boleh berbual.

Robot 'Mr Kiasu' berdasarkan watak buku komik tempatan, boleh menjawab soalan-soalan anda dan menyarankan buku untuk dibaca.

Robot tersebut juga boleh menjelaskan mengapa tiada kios meminjam buku di perpustakaan sementara ini.

Anda hanya perlu berjalan menuju pintu keluar dan mengesahkan buku yang ingin dipinjam.

Untuk menggalakkan para pembaca baru, perpustakaan ini hanya mempunyai buku komik Jepun ataupun manga.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan