Perpustakaan mini West Coast ingin galak kanak-kanak semuda 3 tahun minat membaca
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menggalakkan kanak-kanak semuda tiga tahun untuk mengembangkan minat membaca menerusi sebuah perpustakaan 'mini' adalah ciri tambahan terbaharu pusat khidmat masyarakat West Coast.
Tujuannya adalah untuk meningkatkan kemahiran membaca si cilik dan memberi inspirasi kepada mereka.
Perpustakaan 'mini' tersebut sebahagian daripada pusat khidmat, yang dipanggil Jampacked, dikendalikan Jamiyah Singapura.
Di perpustakaan 'mini' itu, kanak-kanak juga boleh menjangkakan pelbagai kegiatan menarik setiap minggu, seperti pertunjukan silap mata dan sesi bercerita.
Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata, khidmat yang ditawarkan pusat itu menyediakan sekitaran yang holistik dan menyeronokkan bagi keluarga.
"Dekat di rumah anda, keluarga-keluarga di West Coast boleh mendapatkan bantuan bagi barangan makanan. Mereka boleh memilih apa yang mereka perlukan, memberi mereka autonomi untuk memilih barangan yang bermakna untuk mereka," kata Encik Lee.
"Terdapat juga beberapa khidmat lain yang disediakan di pusat itu. Anda boleh mendapatkan sokongan jika anda memerlukan kaunselor untuk memberi anda sokongan, jika anda memerlukan tempat mengadu," tambahnya.
Antara mereka yang menyertai acara tersebut bersama-sama Encik Lee ialah usahawan, Chua Wei-Shan, yang juga pemangku pengerusi cawangan divisyen GRC West Coast.
Cik Chua juga antara muka baharu yang berucap di Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada November lalu.
Ketika ditanya tentang persiapan para pemimpin 4G bagi Pilihan Raya Umum akan datang, Encik Lee yang juga Anggota Parlimen GRC West Coast berkata beliau dan pasukannya sedang berusaha untuk membawa inisiatif-inisiatif nasional lebih dekat kepada para penduduk.
Ini termasuk inisiatif Sihat Menua SG, SG Lebih Sihat dan ComLink.

Sumber : CNA/AI/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.