Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perpustakaan Daerah Jurong pindah ke hab pengangkutan Jurong East mulai 2028

Anggaran Waktu Membaca:
Perpustakaan Daerah Jurong pindah ke hab pengangkutan Jurong East mulai 2028

Perpustakaan Daerah Jurong. (Gambar: CNA/Davina Tham)

Diterbitkan : 15 Nov 2022 04:25PM Dikemas Kini : 15 Nov 2022 04:27PM
SINGAPURA: Perpustakaan Daerah Jurong akan dipindahkan ke kawasan stesen MRT Jurong East.

Demikian menurut Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada Selasa (15 Nov).

Dalam kenyataan media bersama, URA dan NLB menyatakan perpustakaan itu akan dipindahkan sekitar 400 meter (m) jauh daripada Hab Pengangkutan Bersepadu Jurong East yang terletak di stesen MRT Jurong East.

Perpustakaan baru itu dijangka akan dibuka semula pada 2028 dengan saiz yang serupa dengan yang sedia ada, kata Pengarah Kumpulan Perancangan Fizikal URA, Yvonne Lim, dan Pengarah Perancangan dan Pembangunan NLB, Wan Wee Pin, dalam kenyataan bersama tersebut.

"Pengunjung boleh terus menikmati sumber pembelajaran, perkhidmatan dan kemudahan di perpustakaan sedia ada buat masa ini," menurut mereka.

"Lokasi sama perpustakaan di hab pengangkutan dan kegunaan lain masyarakat seperti kelab masyarakat dan pusat sukan akan mewujudkan hab masyarakat di kawasan yang mudah diakses untuk memberikan khidmat kepada penduduk di kawasan barat."

Perpustakaan itu akan melengkapkan "pusat komersil yang meriah" di sekitar stesen MRT Jurong East, menurut agensi itu.

Perpustakaan Daerah Jurong akan digantikan dengan pembangunan perumahan dengan kedai di tingkat satu. Ia berdasarkan cadangan pindaan kepada pelan induk URA yang diterbitkan bulan lalu.

Tidak ada bantahan daripada orang awam mengenai pindaan itu dan pindaan yang diusulkan sudah diluluskan. Ia akan dimasukkan ke dalam pelan induk, menurut laman web URA.

Pemindahan lokasi perpustakaan daerah itu akan menyokong usaha untuk "menyuntik penggunaan yang lebih pelbagai" ke kawasan tersebut, menurut URA dan NLB.

Butiran lanjut mengenai pindaan perpustakaan itu akan diumumkan apabila ia sudah ada, menurut URA dan NLB.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan