Perpustakaan Chua Chu Kang buka semula Khamis depan
Perpustakaan awam Choa Chu Kang akan dibuka semula pada Khamis depan (28 Okt) dengan beberapa pembaharuan setelah menjalani kerja-kerja peningkatan selama hampir dua tahun.

Gambar Hiasan: Sudut kanak-kanak Perpustakaan Choa Chu Kang yang berwajah baru. (Gambar: NLB)
SINGAPURA: Perpustakaan awam Choa Chu Kang akan dibuka semula pada Khamis depan (28 Okt) dengan beberapa pembaharuan setelah menjalani kerja-kerja peningkatan selama hampir dua tahun.
Antara perubahannya, perpustakaan di pusat beli-belah Lot One itu adalah ia kini lebih besar, menjadi dua tingkat.
Waktu operasinya juga dilanjutkan dan terdapat juga beberapa program dan koleksi khas bertemakan kemampanan.
Ada juga termasuk satu Jejak Pembelajaran Realiti Terimbuh di mana pengunjung dapat melihat bagaimana aktiviti menoreh getah dilakukan pada masa dahulu, atau mempelajari spesis hidupan liar dan lanskap semula jadi di Singapura.
Terdapat juga pameran hidroponik, yang akan digunakan untuk menjalankan bengkel mengenai pertanian bandar dan keselamatan makanan.
Untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar, terdapat sesi bercerita, ceramah dan bengkel bagi golongan muda.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.