Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perpustakaan awam SG simpan buku asal Roald Dahl susuli kontroversi edisi baru

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tiada rancangan untuk memindahkan buku-buku ditulis oleh Roald Dahl yang berada di perpustakaan, menurut Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada Jumaat (3 Mac).

Ini di tengah-tengah kontroversi berkaitan buku-buku edisi lama yang ditulis semula.

NLB menambah bahawa ia akan meneliti kesesuaian untuk membeli buku edisi baru bagi judul yang terjejas, "menurut dasar koleksinya" apabila ia tersedia.

Menurut NLB, dasar koleksinya berdasarkan garis panduan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) bagi buku yang diimport.

Garis panduan tersebut berkaitan dengan keselamatan awam, perkauman, bangsa, agama, jantina dan satu garis panduan yang menyatakan bahawa "remaja dan golongan muda harus dilindungi daripada kandungan yang mungkin memudaratkan dan menganggu mereka".

Pada Februari, akhbar Britain, The Daily Telegraph melaporkan bahawa buku-buku Roald Dahl ditulis semula untuk menghapuskan atau mengubah petikan berkaitan jantina, kaum dan penampilan fizikal.

Contohnya, watak Augustus Gloop dalam buku Charlie and the Chocolate Factory tidak akan disifatkan sebagai "sangat gemuk" tetapi diubah kepada "sangat besar".

Dalam buku The Twits, Cik Twits tidak lagi disifatkan sebagai "buruk dan sangat jahat". Watak itu hanya disifatkan sebagai "sangat jahat".

Perubahan tersebut dilaksanakan selepas Puffin Books menggajikan pengkritik buku untuk menulis semula teks supaya buku-buku tersebut dapat "dinikmati semua orang pada hari ini".

Puffin Books merupakan sebahagian daripada penerbit buku Penguin Random House yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sekalipun demikian, kritikan dan rasa tidak puas hati orang awam berkaitan perubahan itu menyebabkan penerbit memikirkan semula tindakan mereka.

Puffin Books menyatakan pada 24 Februari bahawa selain menerbitkan buku-buku yang ditulis semula, ia akan menerbitkan 17 buku Roald Dahl yang mengandungi teks asli yang tidak diubah.

Menjawab soalan Mediacorp, kedai buku Singapura Kinokuniya menyatakan: "Buku-buku Roald Dahl sedang dikemas kini dan dicetak setiap beberapa tahun kerana ia laris dijual, kami tidak mempunyai bekalan edisi lama."
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan