Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perpustakaan Awam Central dibuka semula selepas selesai jalani kerja naik taraf

Selepas ditutup selama setahun setengah,Perpustakaan Awam Central dibuka semula hari ini (12 Jan), dengan penampilan baharu serta tawaran yang lebih pelbagai.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 12 Jan 2024 07:28PM Dikemas Kini : 13 Jan 2024 12:07AM
SINGAPURA: Selepas ditutup selama setahun setengah,Perpustakaan Awam Central dibuka semula hari ini (12 Jan), dengan penampilan baharu serta tawaran yang lebih pelbagai.

Usaha naik taraf itu merupakan sebahagian daripada visi Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) untuk memastikan perpustakaan kekal relevan dan terus memberi inspirasi kepada pembelajaran.

Ini adalah pengubahsuaian secara menyeluruh yang pertama bagi perpustakaan itu,
sejak ia dibuka hampir 20 tahun lalu.

"Ia sediakan pelbagai kemungkinan baharu yang dijana inovasi, teknologi dan kerjasama.

"Sedang kita melihat ke hadapan untuk lagi dua dekad dan seterusnya, kami yakin Perpustakaan Awam Central akan terus menjadi tempat untuk membayangkan semula Singapura, menerusi bacaan, pembelajaran dan penemuan," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Josephine Teo.

Wajah baharu Perpustakaan Awam Central mengambil inspirasi daripada pelbagai sudut budaya Singapura.

In termasuk ruang bertemakan marin, pameran interaktif dan program khas serta paparan yang dijana Kecerdasan Buatan (AI).

Pihak NLB berharap ruang yang tersedia dapat tawarkan cara baharu bagi sesiapa yang ingin meneroka dan menimba ilmu.
Sumber : CNA/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan