Perpustakaan awam baru di Vivocity dibuka tahun depan
Sebuah perpustakaan awam bakal dibuka di pusat beli-belah Vivocity pada tahun depan. Demikian diumumkan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada Khamis (1 Nov).
SINGAPURA: Sebuah perpustakaan awam bakal dibuka di pusat beli-belah Vivocity pada tahun depan. Demikian diumumkan oleh Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) pada Khamis (1 Nov).
Perpustakaan itu, yang akan dipindahkan dari Bukit Merah Central, akan dibuka pada 12 Januari 2019. Perpustakaan Bukit Merah akan ditutup pada 1 Disember.
Library@harbourfront itu, yang akan ditempatkan di tingkat tiga pusat beli-belah Vivocity, akan dilengkapi dengan ruang membaca surat akhbar digital dengan 16 stesen disediakan, sebuah sudut bagi kanak-kanak dengan ruang tempat duduk untuk para keluarga sama-sama membaca serta ruang membaca dengan 120 tempat duduk.
Perpustakaan baru itu bermatlamat "menyediakan ruang membaca yang sesuai untuk para pengunjung dari pelbagai usia," menurut NLB.

Gambar sudut bagi kanak-kanak dengan ruang tempat duduk akan disediakan. (Gambar: Lembaga Perpustakaan Negara)
Menyusuli penutupan Perpustakaan Bukit Merah, tapak itu akan digunakan oleh para pemimpin akar umbi dan pertubuhan-pertubuhan khidmat sosial untuk menawarkan pelbagai jenis khidmat dan program, menurut NLB. Ini termasuk menyediakan perpustakaan kecil dan ruang membaca.
NLB juga menyatakan bahawa ia sedang menimbangkan untuk menganjurkan perpustakaan bergerak di kawasan itu setiap dua minggu bagi menyediakan para penduduk dengan lebih banyak buku dan program.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.