Perogol sasar 20 mangsa dalam skim 'peras ugut seksual'
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar hiasan: Lee/Canva)
SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 20 remaja perempuan dan wanita menjadi mangsa seksual seorang lelaki dalam apa yang disifatkan pendakwa sebagai skim "peras ugut seksual" yang dirancang rapi.
Lin Rongxin, 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, menggunakan gambar lelaki yang lebih muda untuk berbual dengan remaja dalam usaha memikat mangsanya.
Selepas mendapat gambar atau video mangsa dalam keadaan aksi ghairah, dia akan memeras ugut mereka untuk memberinya wang atau melakukan seks.
Ada kalanya, dia akan memperdaya mangsa untuk melakukan hubungan seks bersamanya dengan menggunakan persona lain.
Lelaki itu juga mungugut tiga lagi mangsa untuk merakam perempuan dan wanita lain yang sedang menyalin pakaian dan mandi.
Lin mengaku bersalah pada Isnin (28 Nov) atas tujuh kesalahan termasuk merogol, membuat ugutan tanpa dikenali identitinya, dan menghasut mangsa membuat rakaman lucah. Lagi 57 tuduhan diambil pertimbangan.
Mahmakah diberitahu bahawa Lin, seorang warga negara China, bekerja sebagai teknisyen jentera yang sudah bekerja di Singapura selama 12 tahun sebelum ditangkap.
Dia tinggal di sebuah dormitori bersama isterinya dan mempunyai seorang anak lelaki.
Dari 2018 hingga 28 Jun, 2019, Lin bertemu mangsanya di aplikasi 'dating' seperti WeChat atau TanTan. Dia tidak menggunakan identiti atau mukanya yang sebenar, sebaliknya gambar seorang lelaki berusia 19 tahun.
Lin akan berbual dengan mangsanya menggunakan identiti lain sebelum meminta mereka menghantar gambar atau video lucah.
Mangsanya berusia antara 14 hingga 19 tahun, dan sering kali pelajar dari China.
Timbalan Pendakwa Raya Chong Kee En dan Colin Ng meminta hukuman penjara sekurang-kurangnya 22 hingga 28 tahun serta 24 sebatan.
Menurut Encik Chong, kesalahan dilakukan Lin "benar-benar jahat dan keji".
Lin menghidap herpes dan Hepatitis B ketika melakukan hubungan seks bersama lima mangsa, kata Encik Ching.
Hakim menangguhkan penetapan hukuman kepada Disember.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.