Skip to main content

Singapura

Perniagaan WeWork di SG berjalan seperti biasa; pelanggan tidak terjejas pemfailan muflis di Amerika

Anggaran Waktu Membaca:


SINGAPURA: Syarikat WeWork di Singapura menyatakan, operasinya berjalan seperti biasa dan tidak akan terjejas akibat pemfailan muflis di Amerika Syarikat, menurut seorang jurucakap tempatan bagi syarikat itu pada Selasa (7 Nov).

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap bagi syarikat penyedia ruang pejabat itu berkata "perniagaannya beroperasi seperti biasa" dan pelanggan Singapura boleh terus menggunakan 14 pejabatnya, di sini.

Menurut WeWork, Singapura kekal sebagai pasaran utamanya.

Penyedia ruang kerja bersama itu menyewa hartanah pejabat daripada tuan tanah dan kemudiannya menyewakan semula ruang tersebut kepada individu atau syarikat menerusi khidmat kongsi ruang pejabat

WeWork, yang pada satu ketika pernah menjadi syarikat pemula AS paling berharga dengan nilai AS$47 bilion (S$63.67 bilion) - mula membuka pintunya di Singapura pada 2017.

September lalu, ia membuka cawangannya yang ke-14 di Singapura di 21 Collyer Quay berhampiran Raffles Place. Menduduki semua 21 tingkat bekas ibu pejabat HSBC, pejabat seluas 220,000 kaki persegi itu merupakan lokasi terbesar WeWork di rantau Pasifik.


Seorang jurucakap memberitahu Mediacorp bahawa pekerja WeWork di Singapura tidak akan terjejas oleh pemfailan muflis tersebut.


"Bahkan, kami masih sedang mengambil pekerja baharu," jelas jurucakap tersebut.
 

Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita