Skip to main content

Singapura

Perniagaan SG siap sedia hadapi kesan berantai sedang tarif baharu Trump sasar Asia

Syarikat-syarikat di Singapura bersiap sedia menghadapi lebih banyak ketidaktentuan selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif import baharu sehingga 40 peratus ke atas negara tertentu.

Anggaran Waktu Membaca:
Perniagaan SG siap sedia hadapi kesan berantai sedang tarif baharu Trump sasar Asia

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berucap mengenai tarif di Rose Garden di Rumah Putih di Washington, DC, Amerika Syarikat pada 2 April 2025. (Gambar: Reuters/Carlos Barria)

Diterbitkan : 09 Jul 2025 09:16PM
SINGAPURA: Syarikat-syarikat di Singapura bersiap sedia menghadapi lebih banyak ketidaktentuan selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan tarif import baharu sehingga 40 peratus ke atas negara tertentu.

Surat maklum tarif yang dihantar kepada 14 negara, sebilangan besar di Asia pada Isnin (7 Jul) menggariskan jumlah tarif yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos melainkan perjanjian dicapai dengan Amerika Syarikat.

Singapura bukan dalam kalangan 14 negara yang menerima surat itu.

Namun para pengamat percaya bahawa Singapura - iaitu satu-satunya negara di Asia Tenggara di mana Amerika mempunyai lebihan dagangan - tetap akan dikenakan tarif asas 10 peratus yang dikenakan pada April.

MEDAN PERMAINAN YANG TIDAK SAMA RATA

"Amerika menikmati lebihan (dagangan) dengan kami, jadi kami tidak seharusnya dikenakan tarif 10 peratus," kata Profesor Madya Simon Tay, pengerusi Institut Ehwal Antarabangsa Singapura.

"Sekalipun kita dikecualikan daripada apa-apa lebih 10 peratus, kesan bertindih daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di sekeliling kita, rakan perdagangan utama, akan mempunyai kesan terhadap Singapura."

Beberapa negara yang menjadi sasaran tarif baharu itu berada di Asia.

Negara-negara sekutu utama Amerika iaitu Jepun dan Korea Selatan akan dikenakan tarif 25 peratus.

Negara-negara Asia Tenggara termasuk Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar dan Thailand dikenakan duti antara 25 hingga 40 peratus.

"Ia adalah kerosakan sebenar dari segi kita, sebagai sebuah hab di ASEAN (Persatuan Negara-negara Asia Tenggara) benar-benar mahu rantau ini berintegrasi. Ia sesuatu yang logik dari segi ekonomi, terutama sekali bagi negara-negara jiran terdekat dengan Singapura," kata Profesor Madya Tay.

"Jadi pembezaan tarif ini cenderung mewujudkan medan permainan yang tidak sekata dan sedikit permainan."

Encik Chris Humphrey, pengarah eksekutif Majlis Perniagaan EU-ASEAN, menyentuh tentang potensi reaksi ekonomi negara-negara Asia Tenggara sambil berkata: "Saya tidak rasa anda akan melihat negara-negara lain ... melakukan kenaikan balas balik bersama Amerika Syarikat.

"Mereka tidak mampu. Ekonomi-ekonomi itu tidak cukup besar dan cukup kukuh."

Amerika Syarikat merangkumi kira-kira 10 peratus barang eksport dari Singapura, menurut ketua eksekutif Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) Kok Ping Soon.

"Ini bermakna terdapat lagi 90 peratus barang eksport yang tidak dihantar ke Amerika Syarikat, dan terdapat banyak potensi di situ," katanya.

"Kebanyakan daripada peluang itu benar-benar berada di kawasan kejiranan terdekat kami, justeru pentingnya integasi ASEAN."

KETIDAKTENTUAN PERDAGANGAN GLOBAL

Encik Kok berkata firma-firma di Singapura kini berwaspada dan mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"Ketidakpastian itulah yang benar-benar mendorong minat perniagaan kerana ia memberi kesan terhadap keupayaan mereka untuk berfikir ke hadapan," katanya.

"Masalahnya untuk perniagaan adalah Encik Trump beroperasi pada kitaran yang sangat singkat setiap beberapa hari, manakala perniagaan-perniagaan beroperasi pada kitaran lebih lama."

Ketidaktentuan melampau yang berterusan itu merugikan perniagaan lebih daripada tarif itu sendiri, kata Encik Kok.

Tentang bagaimana perniagaan-perniagaan di Singapura harus beroperasi, Encik Kok berkata ia "seolah-olah prasyarat" untuk mereka berdaya tahan.

"Kerana jika syarikat-syarikat itu melakukan kesilapan dalam perkiraan, mereka berkemungkinan akan merana," katanya.

Encik Kok juga menekankan kepentingan pematuhan perdagangan dan konfigurasi semula rantaian bekalan, sambil menambah perniagaan-perniagaan terutama sekali yang kecil, seringkali memerlukan sokongan luaran.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita