Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Perniagaan di S'pura berdepan cabaran untuk dapatkan pekerja baru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 11 Jul 2022 07:37PM Dikemas Kini : 11 Jul 2022 08:49PM
SINGAPURA: Perniagaan-perniagaan di Singapura didapati ingin menambah pekerja sedang negara semakin pulih dalam fasa endemik COVID-19 sekarang.

Bagaimanapun kekurangan pekerja menyulitkan lagi proses mengambil pekerja baru sehingga memaksa sebilangan syarikat menangguhkan rancangan untuk meluaskan perniagaan.

Perniagaan Maxi Coffee Bar meningkat sehingga 40 peratus sejak sekatan COVID-19 dilonggarkan.

Kafe itu juga mahu menggandakan jumlah pekerja tetap.

Bagi menarik pekerja baru dan mengekalkan pekerja sedia ada, ia mengorak langkah berani - menawarkan insentif 2 peratus daripada pendapatan yang diraih kafe tersebut kepada setiap pekerja.

Ini demi menjadikan pekerjanya berasa mereka ada taruhan dalam perniagaannya.

"Kami perlu menaikkan gaji pasukan kami sekitar 10-15 peratus. Ini juga bermakna kami perlu memotong gaji kami sendiri jadi ia tidak mampan buat jangka masa panjang, " Pengasas Bersama Maxi Coffee Bar, Denise Lum.

Cik Lum juga mahu membuka sebuah lagi cawangan kafe itu. Bagaimanapun ia terpaksa ditangguhkan buat masa ini.

Sebaliknya, beliau sedang meneroka trend digital yang boleh membantu kafenya kurang bergantung kepada tenaga manusia.

Sebahagian pakar percaya, pasaran buruh yang semput sekarang dan juga kemelesetan ekonomi yang bakal menjelang, dijangka mempercepat lagi proses transformasi digital.

"Sebaliknya, saya rasa ia juga mempercepat transformasi. Jadi beberapa pertubuhan mungkin amat inovatif tentang bagaimana mereka cuba mengekalkan untung, apakah segmen pelanggan baru atau produk baru yang boleh diusahakan. Jadi mereka mungkin bangkit lebih teguh apabila kita keluar daripada krisis ekonomi, kata Ketua Huraian Klien Mercer, Lionel Low.

Bagi syarikat seperti HubSpot pula, ia menawarkan aturan fleksibel bagi memikat pekerja iaitu bekerja di rumah; bekerja tiga hari atau lebih di pejabat; atau dua hari di pejabat.

Hasilnya ia tiada masalah menarik pemohon dan kini merancang menambah pekerja dengan sebanyak 20 peratus.
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan