Skip to main content

Singapura

Perniagaan Asia perlu rangka kerja undang-undang teguh hurai pertikaian Hak Harta Intelek

Menteri Undang-Undang Edwin Tong menggesa perniagaan di Asia supaya mengamalkan rangka kerja undang-undang yang kukuh bagi menyelesaikan pertikaian Hak Harta Intelek.

Anggaran Waktu Membaca:
Perniagaan Asia perlu rangka kerja undang-undang teguh hurai pertikaian Hak Harta Intelek

Menteri Undang-Undang Edwin Tong berucap semasa acara IP Week pada 27 Ogos 2025. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 27 Aug 2025 07:40PM
SINGAPURA: Menteri Undang-Undang Edwin Tong menggesa perniagaan di Asia supaya mengamalkan rangka kerja undang-undang yang kukuh bagi menyelesaikan pertikaian Hak Harta Intelek.

Beliau berkata demikian pada Rabu (27 Ogos), yang juga merupakan hari kedua acara IP Week.

Encik Tong percaya semakin penting bagi sekitaran perniagaan menyelesaikan pertikaian Hak Harta Intelek dengan cepat dan berkesan.

"Semakin ia telus, semakin ia neutral, semakin sistem itu boleh diramal, semakin tinggilah keyakinan anda terhadap sistem itu. Namun ia juga penting untuk perniagaan dapat memanfaatkan portfolio Hak Harta Intelek (IP) untuk pertumbuhan.

"Jika tidak, perlindungan IP hanya akan wujud di atas kertas. Anda mempunyai paten yang baik, anda mempunyai tanda dagangan yang baik, tetapi bagaimana anda memanfaatkannya? Bagaimanakah anda mengkomersilkan dan menjana pendapatannya?" kata Encik Tong.

Tambah beliau lagi, huraian pertikaian perlu bersifat fleksibel untuk memenuhi keperluan yang berbeza-beza.

Encik Tong yakin Singapura mempunyai alat bagi timbang tara antarabangsa, sekiranya perniagaan memilih untuk menyelesaikan pertikaiannya melalui pengantaraan di institusi yang neutral.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita