Skip to main content

Singapura

Permohonan visa yang dibiayai agensi pelancongan SG bagi individu berkait pengganasan tidak diluluskan: MHA

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan visa yang dibiayai agensi pelancongan SG bagi individu berkait pengganasan tidak diluluskan: MHA

Ibu pejabat Kementerian Ehwal dalam Negeri (MHA) di Singapura. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 13 Feb 2025 06:15PM Dikemas Kini : 13 Feb 2025 06:17PM
SINGAPURA: Permohonan visa yang dibiayai sebuah agensi pelancongan untuk individu yang ada kaitan dengan pengganasan tidak diluluskan, menurut Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) pada Khamis (13 Feb).

MHA memberi kemas kini tersebut sebagai menjawab pertanyaan daripada Mediacorp mengenai pendedahan awal minggu ini bahawa sebuah agensi pelancongan yang berdaftar di Singapura sudah membiayai permohonan visa untuk warga asing yang ada kaitan dengan pengganasan, untuk memasuki Singapura.

Dalam responsnya pada Khamis, kementerian itu menyatakan bahawa Parvane Heidaridehkordi, seorang warganegara Iran berusia 38 tahun, perlu meninggalkan Singapura menjelang 17 Februari, tujuh hari selepas pas lawatan jangka panjangya dibatalkan. Dia terlibat dalam operasi agensi pelancongan berikut.

Suaminya, Soo Thean Ling, seorang rakyat Malaysia berusia 65 tahun, kini tidak berada di Singapura, menurut MHA.

Encik Soo, yang merupakan seorang penduduk tetap Singapura, diisytiharkan sebagai pendatang terlarang kerana dia adalah ahli keluarga Cik Parvane.

Kedua-dua Cik Parvane dan Encik Soo tidak ditahan, dan siasatan sejauh ini belum menunjukkan bahawa mereka terlibat dalam aktiviti berkaitan pengganasan lain, MHA memberitahu Mediacorp.

MHA sebelum ini menyatakan bahawa agensi pelancongan itu merupakan satu penipuan bagi satu operasi yang diarahkan oleh warga asing yang berpangkalan di luar negara. Pendaftaran agensi tersebut sudahpun dibatalkan.

MHA tidak mendedahkan nama agensi pelancongan itu atau butiran lain mengenai siasatannya, atas "sebab-sebab berkaitan operasi".
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita