Permohonan untuk jadi guru MOE naik sekitar 7%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Permohonan untuk menjadi guru MOE meningkat sekitar tujuh peratus tahun ini.
Ia merupakan perkembangan yang memberangsangkan, mencerminkan minat yang semakin tinggi dalam kalangan anak muda terhadap kerjaya seorang guru.
Menteri Pendidikan, Encik Desmond Lee berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Penyampaian Biasiswa Kementerian Pendidikan (MOE) 2026 yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands pada Jumaat (31 Jul).
Majlis tersebut meraikan seramai 206 penerima biasiswa dan anugerah.
Daripada jumlah itu, 185 merupakan bakal guru manakala 21 lagi ialah bakal ahli akademik dan penyelidik.
Menyifatkan peningkatan itu sebagai sesuatu yang amat menggalakkan, Encik Lee berkata: "Kita akan terus melahirkan barisan pendidik yang cekap, diperkaya oleh guru-guru yang mempunyai pelbagai kekuatan dan pengalaman."
Menurut beliau, usaha memperkukuh barisan pendidik itu penting memandangkan para penerima bakal menyertai satu kerjaya yang memainkan peranan besar dalam membentuk masa hadapan negara.
"Mereka bukan sahaja akan membentuk apa yang diketahui pelajar malah nilai yang akan mereka pegang sepanjang kehidupan," jelasnya.
TUMPUAN KEPADA PEMBANGUNAN HOLISTIK PELAJAR
Tanggungjawab itu menjadi semakin penting ketika dunia berubah dengan begitu pantas dan tidak menentu, sekali gus menuntut sistem pendidikan terus berkembang bagi memenuhi keperluan masa depan, tegas Encik Lee.
Justeru "ilmu pengetahuan dan fakta semata-mata tidak lagi mencukupi".
"Kita perlu memupuk nilai-nilai insaniah yang penting untuk mencapai kejayaan dan yang tidak mudah digantikan teknologi," ujarnya.
Sehubungan itu, beliau berkata sistem pendidikan perlu memberi penekanan yang lebih kepada pembangunan menyeluruh pelajar, di samping menggalakkan ibu bapa, pelajar dan guru agar tidak terlalu menumpukan kepada pencapaian akademik semata-mata.
PELUANG DAN LALUAN KERJAYA DIPERLUASKAN
Dalam mencapai matlamat tersebut, MOE akan terus memperkukuh sokongan kepada para pendidik sepanjang perjalanan kerjaya mereka.
Ini termasuk menyediakan lebih banyak peluang pembangunan profesional bagi memperdalam kepakaran mereka, di samping menawarkan laluan kerjaya yang bersesuaian dengan aspirasi dan kekuatan masing-masing, sama ada dalam bidang perguruan, kepimpinan mahupun penyelidikan.
Pada masa yang sama, beberapa inisiatif turut akan diterokai termasuk usaha mengurangkan beban tugas guru dan menarik lebih ramai individu menceburi bidang perguruan.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.