Permohonan tiket NDP 2025 dibuka pada 28 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Pertunjukan bunga api di Perbarisan Hari Kebangsaan 2024. (Gambar: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Orang ramai yang ingin menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini atau salah satu daripada dua pertunjukan pratonton (preview) di Padang boleh memohon tiket apabila permohonan dibuka pada tengah hari Rabu (28 Mei).
Rakyat Singapura dan penduduk tetap boleh memohon dua, empat atau enam tiket untuk acara perbarisan pada 9 Ogos, yang menandakan ulang tahun ke-60 Singapura.
Pertunjukan pratonton akan diadakan pada 26 Julai dan 2 Ogos.
Tiket-tiket tidak diperuntukkan berdasarkan 'yang dahulu didahulukan', dan sistem pengundian elektronik akan menentukan pemohon yang berjaya, menurut jawatankuasa eksekutif NDP 2025 pada Isnin (26 Mei).
Setiap pemohon boleh mendaftar sekali sahaja, dan setiap tiket hanya sah bagi seorang penonton sahaja.
Semua kanak-kanak, termasuk bayi yang digendong, mesti memegang tiket yang sah untuk menyaksikan NDP.
Permohonan tiket akan dibuka sehingga tengah hari pada 9 Jun.
BAGAIMANA UNTUK MEMOHON?
Untuk memohon bagi tiket NDP, orang ramai boleh melayari laman NDP atau imbas kod QR untuk akses borang permohonan.
Pemohon kemudian perlu log masuk dengan akaun Singpass masing-masing, di mana maklumat peribadi penting seperti nama, kad pengenalan dan nombor telefon mereka akan diisi secara automatik.
Jika seseorang itu memohon bagi pihak orang lain, pengguna Singpass itu perlu mengisi butiran orang tersebut.
Mereka yang tidak mempunyai akaun Singpass dinasihatkan supaya mendaftar untuk akaun Singpass terlebih dahulu, mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga atau seseorang yang mereka percayai, atau lawat Pusat ServiceSG untuk mendapatkan bantuan bagi membuka akaun.
"Ini akan menjadi satu-satunya kaedah dan bentuk permohonan tiket NDP 2025. Jangan isi sebarang borang daripada pautan dan sumber yang tidak disahkan untuk mengelakkan percubaan menipu untuk memancing maklumat peribadi," jelas penganjur.
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui SMS dan emel dari 20 hingga 25 Jun melalui nombor telefon bimbit dan alamat emel yang diberikan semasa permohonan.
Pemberitahuan SMS dan emel hanya akan dihantar oleh gov.sg atau info [at] mail.postman.gov.sg.
Sebarang SMS dan emel daripada sumber lain harus dianggap sebagai percubaan menipu atau percubaan untuk memancing data.
Semua jenis tiket sama sekali bukan untuk dijual, dan tindakan akan diambil terhadap kakitangan yang mengambil bahagian dalam kegiatan menjual tiket dan penipuan.
Sempena menyambut ulang tahun ke-60 tahun kemerdekaan Singapura, NDP akan merangkumi penghormatan udara oleh Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF), serta Terjunan Perpaduan sulung yang menampilkan Red Lions dan penyelam tentera laut Singapura.
Perarakan kenderaan berperisai akan kembali ke Padang buat pertama kalinya sejak 2019, mempamerkan aset udara, darat dan maritim daripada Angkatan Bersenjata Singapura, Pasukan Home Team dan Penguasa Pelabuhan Maritim Singapura.
Buat pertama kalinya juga, pertunjukan udara di Padang dan pertunjukan maritim di Marina Bay akan disepadukan.
Tema sambutan tahun ini, “Majulah Singapura”, menyeru rakyat Singapura untuk merenung pencapaian kolektif penduduk sambil memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menempuhi cabaran dan ketidakpastian masa depan dengan sifat optimis dan berdaya tahan.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.