Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan tiket NDP 2023 dan rancangan pratonton dibuka pada 29 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
00:49 Min
Permohonan tiket NDP 2023 dan rancangan pratonton dibuka pada 29 Mei
Diterbitkan : 26 May 2023 12:41PM Dikemas Kini : 26 May 2023 09:04PM
SINGAPURA: Mereka yang ingin menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini atau salah satu daripada dua rancangan pratonton boleh memohon tiket mulai Isnin depan (29 Mei).

Rakyat Singapura dan penduduk tetap boleh memohon dua, empat atau enam tiket untuk menghadiri perbarisan pada 9 Ogos atau salah satu daripada dua rancangan pratonton pada 22 Julai dan 29 Julai, menurut jawatankuasa eksekutif NDP 2023 pada Jumaat (26 Mei).

Permohonan boleh dibuat di laman NDP atau dengan mengimbas kod QR untuk mengakses borang permohonan mulai pukul 12.00 tengah hari pada Isnin. Permohonan akan ditutup pada 12.00 tengah hari pada 12 Jun.

Sistem pengundian elektronik akan menentukan pemohon yang berjaya. Tiket tidak diperuntukkan atas dasar siapa cepat dia dapat.

Jawatankuasa eksekutif menasihatkan pemohon agar mengelak daripada mengisi sebarang borang daripada pautan dan sumber yang tidak disahkan untuk mengelak daripada percubaan penipuan untuk mendapatkan maklumat peribadi.

“Setiap pemohon hanya diberikan satu peluang undi. Hanya penyertaan terkini akan dianggap sebagai muktamad, dan semua penyertaan terdahulu akan dikecualikan daripada proses pengundian,” menurut jawatankuasa eksekutif itu.

Ia menambah bahawa setiap tiket hanya menerima seorang penonton, dan semua kanak-kanak - termasuk bayi yang digendong - mesti mempunyai tiket yang sah untuk masuk.

Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan antara 23 Jun hingga 28 Jun melalui e-mel, yang akan dihantar dari ndp2023 [at] hapz.com.

"Penerima sebarang maklumat mengenai NDP 2023 harus berhati-hati dengan e-mel yang dihantar dari alamat lain kerana ia boleh menjadi penipuan atau percubaan pancingan data," menurut jawatankuasa eksekutif itu.
Sumber : CNA/HY/hy

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan