Skip to main content

Singapura

Permohonan tangguh bayar ansuran gadai janji dijangka meningkat: Penganalisis

Para penganalisis menjangkakan jumlah permohonan bagi penangguhan gadai janji akan naik seganda sebelum bulan Jun disebabkan pandemik COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan tangguh bayar ansuran gadai janji dijangka meningkat: Penganalisis

Pemandangan perumahan privet dan awam di Singapura. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 02 May 2020 05:59PM Dikemas Kini : 02 May 2020 06:02PM

SINGAPURA: Para penganalisis menjangkakan jumlah permohonan bagi penangguhan gadai janji akan naik seganda sebelum bulan Jun disebabkan pandemik COVID-19.

Sesetengah pemilik hartanah juga mungkin berhadapan dengan kebimbangan berganda iaitu kehilangan pekerjaan dan pendapatan sewa yang digunakan untuk melangsaikan gadai janji mereka.

Sejak dua tahun lalu, Jay tidak terlambat dalam membayar gadai janji hartanahnya. Ini kerana beliau menerima pendapatan sewa yang tetap daripada penyewanya.

Sejak kebelakangan ini, beliau mula berasa bimbang tidak dapat melunaskan pembayaran pinjamannya.

Oleh itu, beliau tidak teragak-agak memohon untuk menangguhkan pinjamannya sehingga hujung tahun.

Hampir sepertiga daripada 355,000 hartanah privet disewakan dengan hampir 17 peratus unit disewakan kepada warga asing.

Menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM), keadaan pasaran buruh dijangka akan bertambah buruk dalam suku kedua tahun ini.

Warga tempatan dan asing dijangka akan terjejas oleh pemotongan gaji dan pemberhentian kerja.

Broker-broker gadai janji juga memerhatikan jumlah terbesar pemohon penangguhan adalah dari sektor-sektor yang paling teruk terjejas iaitu penerbangan dan pelancongan.

Sumber : CNA/SY/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita