Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan kemasukan langsung ke sekolah menengah, JC mulai 7 Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan kemasukan langsung ke sekolah menengah, JC mulai 7 Mei
Diterbitkan : 06 May 2024 05:27PM Dikemas Kini : 06 May 2024 07:40PM

SINGAPURA: Pelajar yang ingin  memohon kemasukan terus ke sekolah menengah dan maktab rendah (JC)  boleh berbuat demikian mulaiSelasa (7 Mei).

Pelajar yang ingin memohon kemasukan awal ke Institut Pendidikan Teknikal (ITE) boleh berbuat demikian mulai 21 Mei.

Permohonan kemasukan awal ke politeknik pula bermula 3 Jun.

Dalam satu kenyataan media pada Isnin (6 Mei), Kementerian Pendidikan (MOE) berkata bahawa Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) membolehkan pelajar mendapat kemasukan terus ke sekolah menengah dan maktab rendah berdasarkan bakat dan potensi mereka, melangkaui pencapaian mereka pada peperiksaan nasional.

MOE tidak menyatakan jumlah sekolah yang mengambil bahagian dalam DSA tahun ini.

Dalam satu jawapan parlimen pada Februari, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata jumlah pelajar yang masuk  sekolah menengah melalui DSA meningkat daripada 3,500 pada 2019 kepada sekitar 4,400 pada 2023.

Pelajar yang mengambil bahagian dalam DSA masih perlu mengambil Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) atau GCE peringkat 'O'.

Jika permohonan DSA mereka berjaya, mereka perlu memutuskan sama ada untuk menerima tawaran itu sebelum keputusan peperiksaan mereka dikeluarkan, kata MOE.

Pelajar yang menerima tawaran DSA mereka dijamin mendapat tempat di sekolah menengah atau maktab rendah tertentu yang mereka mohon, dengan syarat keputusan PSLE atau peringkat 'O' mereka memenuhi syarat minimum kemasukan.

Pelajar yang memohon ke sekolah menengah melalui DSA boleh berbuat demikian melalui laman web MOE DSA-Sec, bermula dari pukul 11.00 pagi pada 7 Mei hingga pukul 3.00 petang pada 3 Jun. Ibu bapa harus log masuk menggunakan Singpass untuk membuat  permohonan tersebut.

Bagi mereka yang membuat permohonan ke maktab rendah, boleh melungsuri laman web DSA-JC bagi memeriksa tarikh dan garis masa.

Di bawah Latihan Kemasukan Awal Politeknik (EAE) untuk pelajar peringkat 'O' dan ITE yang lulus, mereka yang berjaya dalam permohonan mereka akan menerima tawaran bersyarat sebelum keputusan peperiksaan mereka dikeluarkan.

Untuk pengesahan tawaran bersyarat, keputusan mereka mesti memenuhi syarat kemasukan minimum untuk kursus politeknik yang ditawarkan.

Proses yang sama bagi pelajar yang menamatkan pengajian peringkat 'O' dan peringkat N yang memohon kemasukan awal ke kursus Nitec dan Nitec Tinggi di ITE.

Pekerja dewasa yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja boleh juga menyertai EAE dan memohon ke politeknik dari 3 Jun hingga 30 Jun atau ke ITE dari 21 Mei hingga 28 Mei.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan