Permohonan Di Luar Kawalan Ibu Bapa catat jumlah rekod pada 2018
Para pekerja sosial menyatakan media sosial dan ekonomi global yang tidak menentu mungkin menyumbang kepada jumlah tinggi kes kanak-kanak yang diletakkan di bawah perintah Di Luar Kawalan Ibu Bapa (BPC) tahun lalu.

(Gambar: Ana Francisconi/Unsplash)
SINGAPURA: Para pekerja sosial menyatakan media sosial dan ekonomi global yang tidak menentu mungkin menyumbang kepada jumlah tinggi kes kanak-kanak yang diletakkan di bawah perintah Di Luar Kawalan Ibu Bapa (BPC) tahun lalu.
Arahan itu merujuk kepada kanak-kanak di bawah 16 tahun yang memaparkan masalah tingkah laku yang boleh menyebabkan ibu bapa mereka tidak berupaya untuk menjaga mereka.
Kanak-kanak yang di bawah arahan BPC diletakkan dalam penyeliaan seseorang yang dilantik mahkamah atau rumah tumpangan untuk belia.
Tahun lalu, 108 ibu bapa mengambil arahan BPC ke atas anak mereka, satu jumlah rekod dalam masa 10 tahun.
Para pekerja sosial mengatakan media sosial memainkan peranan kerana kini lebih sukar untuk mengesan apa yang dilakukan anak-anak.
Oleh itu, Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan adalah penting untuk menerapkan dalam anak-anak kemahiran dalam menggunakan Internet.
Ekonomi yang tidak menentu juga kata para pekerja sosial mungkin satu lagi sebab jumlah kes BPC meningkat.
Malah MSF juga menyatakan jumlahnya lebih tinggi apabila prestasi ekonomi kurang memuaskan namun menambah ia kurang pasti sama ada kedua-duanya ada kaitan.
Ini kerana terdapat banyak faktor yang menjejas hubungan kekeluargaan.
Lantas, menurut MSF, campur tangan awal dan sokongan masyarakat adalah anak kunci untuk mengatasinya.
Oleh itu, langkah untuk memohon bagi mendapatkan arahan BPC sepatutnya dijadikan pilihan terakhir.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.