Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan bagi SPERS peringkat menengah dibuka pada Julai

Rakyat Singapura yang pulang dari luar negara dan berhasrat untuk mendaftarkan diri ke dalam sebuah sekolah menengah pada tahun hadapan boleh memohon untuk berbuat demikian mulai Julai.

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan bagi SPERS peringkat menengah dibuka pada Julai

Para pelajar di dalam bilik darjah. (Gambar fail: Sekolah Menengah Zhonghua/Facebook)

Diterbitkan : 21 Apr 2022 06:26PM Dikemas Kini : 21 Apr 2022 06:45PM

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang pulang dari luar negara dan berhasrat untuk mendaftarkan diri ke dalam sebuah sekolah menengah pada tahun hadapan boleh memohon untuk berbuat demikian mulai Julai.

Demikian menurut Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan media hari ini (21 Apr).

Latihan Penempatan Sekolah bagi Rakyat Singapura yang Kembali Dari Luar Negara (SPERS-Sec) adalah sebuah latihan berpusat yang diadakan pada setiap hujung tahun.

Di bawah latihan itu, pemohon akan menduduki satu set ujian berpusat. MOE kemudian akan meletakkan mereka di sekolah yang sesuai berdasarkan keputusan ujian mereka, pilihan sekolah yang dinyatakan serta tempoh kosong sedia ada di sekolah.

Permohonan bagi pelajar yang mahu memasuki Menengah 1 hingga 3 akan dibuka pada Julai, dengan set ujian bakal diadakan pada September. Pelajar kemudian akan memulakan persekolahan pada Januari tahun depan.

Sementara itu, pelajar yang mahu mendaftarkan diri ke maktab rendah tahun pertama pada 2023 pula boleh melayari laman MOE untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

Rakyat Singapura yang kembali ke tanah air secara amnya tidak akan dapat memasuki semula sistem persekolahan di Menengah 4 dan Maktab Rendah tahun kedua kerana ia merupakan tahun-tahun di mana para pelajar menduduki peperiksaan nasional.

Mereka yang tidak sempat pulang ke Singapura bagi menduduki ujian SPERS-Sec boleh mengambilnya di bawah Latihan Penempatan Tambahan, yang akan diadakan pada Disember. Permohonan untuk latihan tersebut akan dibuka pada Oktober. Pelajar yang mendapat kemasukan di bawah latihan itu akan memulakan persekolahan pada Februari 2023.

Rakyat Singapura yang kembali ke tanah air juga boleh memohon bagi perkhidmatan Penempatan Sekolah Dijamin (ASP), yang menjamin mereka masuk ke sekolah-sekolah rendah serta menengah berdekatan rumah mereka, di mana ada tempat kosong.

Mereka boleh mengakses perkhidmatan itu bahkan sebelum mereka kembali ke Singapura, menurut MOE.

Pelajar yang kembali ke Singapura digalakkan untuk menghubungi MOE awal supaya mereka dapat memulakan persekolahan awal pada tahun akademik bersama-sama dengan rakan sebaya lain.

"Walaupun (rakyat Singapura yang pulang ke tanah air) tidak perlu menduduki ujian berpusat menerusi perkhidmatan ini, sekolah rendah atau sekolah menengah mungkin menjalankan penilaian berasaskan sekolah dan/atau menemu duga mereka untuk menentukan tahap pencapaian sedia ada (mereka) bagi tujuan penempatan, bagi membantu mereka menyesuaikan diri di sekolah serta menyokong pendidikan (mereka) dengan cara terbaik," terang MOE.

PERUBAHAN PADA UJIAN INGGERIS AEIS PERINGKAT RENDAH

Pelajar antarabangsa yang mahu mendaftarkan diri bagi Darjah 2 hingga 5 dan Menengah 1 hingga 3 mesti mengambil bahagian dalam Latihan Pendaftaran bagi Pelajar Antarabangsa (AEIS), yang diadakan setiap Februari dan September di Singapura.

Mulai tahun ini, MOE tidak akan lagi menawarkan ujian Inggeris untuk pelajar antarabangsa yang berhasrat mendaftarkan diri ke sekolah rendah.

Sebaliknya, mereka dikehendaki mengambil ujian Kelayakan Inggeris Cambridge (CEQ) yang relevan, yang dijalankan di lebih 130 negara.

Mereka boleh menduduki ujian itu di mana-mana lokasi ini dalam tempoh 12 bulan sebelum mendaftarkan diri untuk ujian Matematik AEIS peringkat rendah.

Pelajar antarabangsa yang ingin mendaftar bagi ujian Matematik AEIS peringkat rendah pada September 2022 perlu menyerahkan keputusan ujian CEQ mereka apabila permohonan dibuka pada Julai.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, permohonan akan ditutup apabila jumlah tempat untuk menduduki ujian bagi peringkat tertentu sudah diambil sepenuhnya, menurut MOE.

“MOE akan mempertimbangkan kedua-dua markah ujian CES dan Matematik AEIS peringkat rendah untuk menentukan kelayakan pemohon untuk ditawarkan tempat ke sebuah sekolah," tambahnya.

“Memenuhi skor CES sendiri tidak akan menjamin tempat di sebuah sekolah," tekannya.

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa