Skip to main content

Singapura

Permohonan bagi Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan dibuka hingga 30 Jun

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan bagi Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan dibuka hingga 30 Jun

(Gambar: MCI, NTC)

Diterbitkan : 19 Apr 2022 10:46AM Dikemas Kini : 19 Apr 2022 10:55AM

BERITAmediacorp: Permohonan bagi Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS) dibuka hingga 30 Jun 2022.

Geran tersebut dibuka kepada para penterjemah dan jurubahasa rakyat Singapura dalam sektor privet yang ingin menajamkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut.

Sejak dilancarkan pada 2018, skim di bawah naungan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI) ini bertujuan untuk menggalak para penterjemah dan pentafsir rakyat Singapura dari sektor privet untuk terus membina keupayaan dan mempertingkatkan kemahiran masing-masing dalam bidang tersebut.

TTDS adalah geran yang dibiayai secara bersama oleh MCI dan Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC).

Jika permohonan diluluskan, para penerima geran tidak perlu terikat dengan sebarang bon.

Mereka yang berhasil boleh menggunakan geran itu untuk membiayai 90 peratus daripada kos program pembangunan keupayaan berhubung penterjemahan, kejurubahasaan dan/atau bahasa di Singapura dan di luar negara. Ini termasuk perbelanjaan bagi program yang disertai sehingga $10,000.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lungsuri laman https://www.mci.gov.sg/ttds/

Sumber : BERITA Mediacorp/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita