Permohonan bagi Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan dibuka
Anda seorang penterjemah atau jurubahasa privet yang mempunyai pengalaman selama sekurang-kurangnya tiga tahun?
Gambar fail.
SINGAPURA: Anda seorang penterjemah atau jurubahasa privet yang mempunyai pengalaman selama sekurang-kurangnya tiga tahun?
Ini peluang untuk meningkatkan kemahiran anda.
Pada awal tahun ini, Jawatankuasa Penterjemahan Nasional memperkenalkan skim baru untuk mempertingkat keupayaan anda dalam bidang itu. Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS) itu bertujuan untuk mempertingkatkan dan memberi sokongan kepada para penterjemah Singapura.
TTDS merupakan geran tajaan bersama yang ditubuhkan NTC.
Mereka yang berhasil dalam permohonan bagi skim tersebut boleh menggunakan geran itu untuk membiayai 90 peratus daripada kos program pembangunan keupayaan berhubung penterjemahan, kejurubahasaan dan/atau bahasa di Singapura dan di luar negara. Ini termasuk bayaran bagi program yang mereka sertai sehingga $10,000 seorang.
Mereka yang berminat, boleh menyerahkan permohonan secara online dengan mengirimkan emel kepada MCI_NTC_Secretariat [at] mci.giv.sg. Permohonan bagi TTDS dibuka pada 1 April lalu dan akan ditutup pada 31 Mei, jam 11.59 malam.
Skim ini dibuka kepada rakyat Singapura yang mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja terjemahan selama sekurang-kurangnya 3 tahun (keseluruhannya).
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lungsuri laman https://www.mci.gov.sg/ttds/.Â
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.