Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permohonan bagi lebih 280 plot bercucuk tanam di 4 taman dibuka 29 Nov

Dengan kian ramai kini gemar berkebun, Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan pada Jumaat (13 Nov) bahawa lagi 280 plot untuk bercucuk tanam di empat taman akan dibuka bagi permohonan pada 29 Nov.

Anggaran Waktu Membaca:
Permohonan bagi lebih 280 plot bercucuk tanam di 4 taman dibuka 29 Nov

Plot bercucuk tanam di HortPark. (Gambar fail: Dawn Ang)

Diterbitkan : 13 Nov 2020 02:01PM Dikemas Kini : 13 Nov 2020 02:05PM

SINGAPURA: Dengan kian ramai kini gemar berkebun, Lembaga Taman Negara (NParks) menyatakan pada Jumaat (13 Nov) bahawa lagi 280 plot untuk bercucuk tanam di empat taman akan dibuka bagi permohonan pada 29 Nov.

Plot-plot ini terletak di Taman Bedok Reservoir, Taman East Coast, Taman Lower Seletar Reservoir dan Taman one-north.

"Plot-plot ini adalah sebahagian daripada 1,000 plot bercucuk tanam yang akan disediakan di 18 taman dan kebun di Singapura menjelang 2021," menurut NParks.

Orang ramai boleh memohon untuk plot-plot tersebut bermula jam 10.00 pagi pada 29 Nov hingga 10.00 malam pada 6 Dis. Permohonan dibuka secara online dan plot akan diperuntukkan mengikut hasil pengundian komputer.

Setiap keluarga boleh menyerahkan permohonan bagi hanya satu plot pada satu-satu masa, dan pemohon mestilah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun, menurut laman NParks.

Sejauh ini, 1,436 plot sudahpun dimanfaatkan para anggota masyarakat.

Orang ramai digalak membuat permohonan bagi plot yang berdekatan rumah mereka.

Jumlah plot di setiap taman adalah seperti berikut:

Setiap plot mempunyai petak bercucuk tanam berukuran 2.5m kali 1m dan akan disewakan selama tiga tahun pada harga S$57 setahun, tidak termasuk GST.

Pemohon yang berjaya akan diberitahu tentang keputusan permohonan mereka dalam tempoh tiga bulan selepas tarikh tutup.

NParks menyatakan ia ingin menggalak lebih ramai orang bercucuk tanam sebagai cara untuk mengambil bahagian dan mengukuhkan ikatan dalam masyarakat dan membawa mereka lebih dekat kepada alam sekitar.

Borang permohonan online dan maklumat lanjut boleh didapatkan di laman NParks.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan