Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan tinggi bagi wang kertas baru sempena Tahun Baru Cina

Terdapat permintaan tinggi bagi wang kertas baru sempena Tahun Baru Cina pada hari pertama portal tempahan bank dilancarkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Jan 2022 09:53PM Dikemas Kini : 04 Jan 2022 09:54PM

SINGAPURA: Terdapat permintaan tinggi bagi wang kertas baru sempena Tahun Baru Cina pada hari pertama portal tempahan bank dilancarkan.

OCBC menyaksikan 65 peratus slotnya ditempah sementara slot yang ditawarkan bank DBS dan Standard Chartered sudah penuh bagi hari pertama pengambilan wang kertas baru.

Sebuah lagi bank juga menghadapi masalah teknikal disebabkan terlalu ramai orang yang cuba akses portal tersebut.

UOB juga akan melancarkan pelbagai inisiatif untuk memenuhi pelbagai permintaan semasa Tahun Baru Cina.

Ini termasuk menawarkan wang lama kepada mereka yang ingin menyelamatkan alam sekitar dan menggunakan e-paket merah yang boleh diubah mengikut citarasa.

Kira-kira separuh daripada slot tempahan UOB untuk minggu pertama sudah ditempah.

Sumber : CNA/IA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan