Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan tinggi bagi kereta sewa pada musim Tahun Baru Cina

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kunjungan sewaktu Tahun Baru Cina pada tahun ini rancak tanpa kekangan COVID-19 dan kereta sewa merupakan pilihan utama ramai.

Dua syarikat khidmat kereta sewa yang popular menyatakan bahawa permintaan sangat tinggi sehingga mereka tidak lagi ada kenderaan untuk disewakan.

Ace Drive menyatakan bahawa perniagaan "luar biasa", dengan kesemua 240 kenderaan ditempah sepenuhnya sembilan hari sebelum malam Tahun Baru Cina. Jenis kereta yang ditempah terdiri daripada kereta Jepun biasa kepada kereta dua pintu "eksotik", kata pengarah eksekutif firma itu, April Koh.

Ini "luar biasa" berbanding tahun-tahun yang lalu, kata beliau.

"Dahulu, kami masih ada kenderaan hingga malam Tahun Baru Cina, namun tahun ini kesemua kenderaan kami habis ditempah," kata Cik Koh.

Ini meskipun beliau sudah mendaftar lebih banyak kenderaan bagi musim perayaan ini.

Firma itu terpaksa menolak permintaan ramai yang ingin menempah pada saat-saat akhir, katanya.

PERMINTAAN LUAR BIASA

Syarikat lain, GetGo, melihat lonjakan yang sama. Ia mempunyai lebih 2,000 kereta di seluruh Singapura, setelah menggandakan jumlah kenderaanya dari tahun lalu.

Pada hari pertama Tahun Baru Cina, semua keretanya ditempah sepenuhnya. Sepanjang cuti panjang empat hari, penggunaan adalah pada 90 peratus pada siang hari, kata Ketua Pegawai Eksekutif firma itu, Toh Ting Feng.

Beliau menyifatkan permintaan itu sebagai "luar biasa". Purata bilangan masa yang ditempah bagi setiap kereta juga lebih tinggi daripada biasa, tambahnya. “Walaupun kami menambah jumlah kereta – saya rasa dari tahun lepas hingga tahun ini, kami mungkin menambah lebih 1,000 kereta – kami masih melihat bahawa kami tidak mempunyai kereta yang mencukupi untuk Tahun Baru Cina,” katanya.


"Kami percaya dalam menambah jumlah kenderaan kami secara progresif dan organik selaras dengan permintaan, jadi pasti kami akan terus mencuba dan menambah."

MENYEWA UNTUK KEMUDAHAN

Antara penyewa ialah Encik Forbes Chang, yang menempah Toyota Sienta Hybrid yang mempunyai tujuh tempat duduk dengan Ace Drive.

Beliau memilih kenderaan yang lebih besar untuk mengangkut keluarganya selama seminggu pada tahun ini untuk lawatan Tahun Baru Cina mereka. "Saya mempunyai keluarga yang lebih besar sekarang - saya mempunyai bayi yang baru lahir, saya mempunyai dua warga emas di rumah. Jadi sudah pasti, kereta saya perlu mempunyai sekurang-kurangnya lima atau tujuh tempat duduk. Saya tidak mahu membuang masa saya menempah Grab atau memanggil teksi,” katanya.

Encik Danny Goh, yang berpangkalan di luar negara dan pulang ke rumah untuk berjumpa orang tersayang semasa musim perayaan, juga berkata bahawa beliau biasanya menyewa kereta semasa musim perayaan untuk kemudahan.

Walaupun pengangkutan awam masih tersedia, beliau menyatakan bahawa ia sering sesak dengan orang.
Sumber : CNA/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan