Permintaan teksi semasa waktu sibuk baharu bagi hujung minggu 'setinggi' hari bekerja, dedah ComfortDelGro

(Gambar: BERITAmediacorp)
ComfortDelGro turut mengumumkan pada Rabu bahawa tambang bagi perjalanan yang dibuat antara 10.00 pagi dan 1.59 tengah hari pada hujung minggu dan cuti umum, akan dikenakan surcaj mulai minggu depan.
Teksi-teksi Strides Premier dan Trans-cab juga akan mengenakan surcaj serupa.
Syarikat itu juga akan melanjutkan tempoh surcaj waktu sibuk sebelah petang ke atas semua teksi selama sejam dari 5.00 petang hingga 11.59 malam setiap hari, termasuk cuti umum. Buat masa ini, tempoh waktu sibuk bermula dari pukul 6.00 petang.
Buat masa ini, tempoh waktu sibuk adalah dari pukul 6.00 pagi hingga 9.29 pagi pada hari bekerja kekal tidak berubah. Surcaj waktu sibuk adalah 25 peratus daripada tambang bermeter.
ComfortDelGro juga menyatakan ia akan menaikkan tambang menahan teksi di tepi jalan sebanyak S$0.50 sebagai sebahagian daripada usaha untuk membantu pemandu menampung kos operasi yang lebih tinggi berikutan kenaikan harga bahan api, inflasi yang tinggi dan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Ia akan dikenakan ke atas semua jenis teksi, kecuali limusin. Terdapat juga peningkatan S$0.01 pada kadar jarak dan masa menunggu, yang kini akan menjadi S$0.26.
Kadar jarak dan masa menunggu yang dicaj untuk setiap 400m atau kurang daripada itu selepas kilometer pertama sehingga 10km, setiap 350m atau kurang daripada itu selepas 10km, dan setiap 45 saat menunggu atau kurang daripada itu.
"Dengan penyesuaian ini, anggaran tambang untuk perjalanan teksi biasa 10km di luar waktu sibuk dijangka meningkat sebanyak 6.8 peratus atau S$0.94 daripada S$13.80 kepada S$14.74," menurut syarikat itu.
Tambang menahan teksi limusin dari tepi jalan akan kekal sama, tetapi tambang jarak dan masa menunggu akan dinaikkan daripada S$0.35 kepada S$0.36.
Kenaikan tambang akan dikenakan ke atas semua perjalanan tambang bermeter, termasuk tempahan tambang bermeter yang dibuat melalui apl CDG Zig dan platform tempahan lain.
Tambang baharu itu akan dikuatkuasakan mulai pukul 6.00 pagi pada 13 Dis.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.