Permintaan rumah privet baru dijangka kekal 'kukuh'; penjualan naik 13.6% pada Mac
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail: AFP/Roslan Rahman
SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru di Singapura meningkat tiga bulan berturut-turut pada Mac, dengan para penganalisis hartanah meramalkan permintaan akan terus kekal "kukuh".
Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), para pemaju berhasil menjual sebanyak 492 unit pada Mac - peningkatan sebanyak 13.6 peratus berbanding 433 unit yang dijual pada Februari, menurut perangkaan yang didedahkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Isnin (17 Apr).
Jika dibandingkan dari tahun ke tahun, penjualan rumah privet bagaimanapun merosot 24.8 peratus berbanding sebanyak 654 unit yang dijual pada tempoh yang sama setahun lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 573 unit dilancarkan untuk dijual, sekitar 43 peratus lebih tinggi berbanding Februari lalu.
Sebahagian besar penjualan pada Mac dipacu oleh pelancaran The Botany di Dairy Farm di Luar Kawasan Tengah (OCR). Sebanyak 184 unit daripada projek tersebut dijual pada harga median S$2,068 setiap kaki persegi (psf).
"Ini menunjukkan permintaan tulen yang stabil bagi kediaman pasaran umum di tengah-tengah inventori rumah yang tidak terjual di OCR," kata Cik Tricia Song, Ketua Penyelidikan CBRE bagi Asia Tenggara.
Pengarah Kanan Penyelidikan Huttons Asia Lee Sze Teck menarik perhatian bahawa unit satu dan dua bilik di The Botany di Dairy Farm "hampir habis terjual".
"Para pelabur memberi tumpuan kepada unit satu bilik yang mungkin untuk disewa. Ini kerana Sekolah Eropah Jerman terletak bersebelahan. Disebabkan oleh demografik yang berubah-ubah kepada saiz keluarga yang lebih kecil, ramai pembeli memilih untuk mendapatkan unit dua bilik," tambahnya.
Sebahagian besar daripada urus niaga bulan lalu adalah daripada OCR (46.7 peratus), yang disusuli dengan Kawasan Daerah Utama (CCR) (40 peratus) dan Baki Kawasan Tengah (RCR) (13.2 peratus).
PENJUALAN DIJANGKA KEKAL KUKUH
Permintaan bagi projek-projek baru dijangka kekal "kukuh", kata Cik Christine Sun, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analisis OrangeTee and Tie. Beliau juga menambah bahawa terdapat sejumlah pelancaran dalam masa beberapa bulan akan datang.
Ini termasuk Lentor Hills Residences, Newport Residences di kawasan Tanjong Pagar dan The Reserve Residences di Bukit Timah.
Tembusu Grand, sebuah projek yang dilancarkan pada April, turut menyaksikan penjualan yang kukuh, dengan lebih separuh unit terjual pada hujung minggu pertama pelancarannya, jelas Encik Mohan Sandrasegeran, Penganalisis Kanan Penyelidikan dan Pencipta Kandungan One Global Property Services.
"Permintaan bagi rumah baru dalam pasaran tersebut masih wujud, dan kejayaan pelancaran projek baru seperti Tembusu Grand adalah satu petanda positif kepada para pemaju dan pihak berkepentingan dalam pasaran hartanah," tambah Encik Sandrasegeran.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.