Permintaan perumahan SG dijangka terus meningkat di tengah perubahan gaya hidup, jumlah penduduk semakin menua
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail. (Gambar: Reuters/Edgar Su)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Permintaan bagi perumahan di Singapura dijangka terus meningkat, didorong oleh bilangan penduduk yang kian menua, saiz isi rumah yang lebih kecil serta perubahan dalam corak demografi dan pilihan gaya hidup.
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) menyatakan bahawa trend-trend ini merupakan pertimbangan utama dalam Draf Pelan Induk 2025 yang diumumkan bulan lalu, yang menggariskan rancangan untuk membina sekurang-kurangnya 80,000 rumah awam dan privet dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.
Menurut URA dan HDB, lebih banyak pembangunan perumahan diperlukan dalam jangka panjang bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dan menyesuaikan diri dengan keperluan penduduk yang berubah.
Rancangan perumahan dipacu oleh pelbagai faktor, menurut HDB dan URA.
“Ini termasuk keperluan untuk memenuhi permintaan jangka pendek yang kukuh, memastikan bekalan yang stabil untuk menyokong pasaran hartanah yang stabil, serta bertindak balas terhadap trend demografi dan gaya hidup yang berubah dalam kalangan penduduk.”
“Pada masa yang sama, kami kekal fokus untuk memastikan perumahan kekal mampu dimiliki dalam jangka panjang untuk generasi sekarang dan akan datang,” tambah URA dan HDB.
“Kami juga mengambil kira pelbagai kemungkinan senario masa depan, termasuk perkembangan sosioekonomi dan perubahan dalam persekitaran global.”
Perubahan sosial dan gaya hidup kini telah menyumbang kepada peningkatan permintaan perumahan, dan corak ini dijangka berterusan, menurut kedua-dua agensi tersebut.
Sebagai contoh, jangka hayat yang semakin panjang bermakna sesebuah rumah itu akan didiami untuk tempoh yang lebih lama.
Pada masa yang sama, lebih ramai pasangan muda dan individu bujang ingin memiliki rumah sendiri berbanding tinggal bersama keluarga besar.
Trend ini dilihat dalam pengurangan saiz isi rumah di Singapura – daripada purata 3.96 pada 1995 kepada 3.09 pada tahun 2024.
Permintaan juga dipacu oleh kumpulan “echo boomers” – mereka yang lahir pada lewat 1980-an hingga 1990-an – yang kini sudah mencapai usia untuk memiliki rumah, menurut URA dan HDB.
Kedua-dua agensi itu berkata rancangan perumahan baharu ini “akan dilaksanakan secara berperingkat”, dan pemerintah akan terus memantau pasaran dengan teliti untuk “menyesuaikan bekalan perumahan sewajarnya”.
PERTUMBUHAN PENDUDUK
Pakar yang ditemu bual Mediacorp bersetuju bahawa permintaan perumahan kekal tinggi walaupun kadar kelahiran menurun, sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan demografi dan gaya hidup.
Satu trend utama ialah anjakan minda yang ketara ke arah pembentukan isi rumah yang lebih kecil atau satu orang.
Faktor lain ialah pertumbuhan bilangan penduduk secara keseluruhan.
Setakat sehingga Jun 2024, jumlah penduduk Singapura mencecah 6.04 juta – peningkatan sebanyak 2 peratus dari tahun sebelumnya. Ini merupakan kali pertama jumlah penduduk Singapura melebihi angka enam juta.
Pertumbuhan ini, walaupun sebahagian besarnya didorong oleh golongan yang bukan penduduk tetap, turut menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap perumahan privet – sama ada untuk pembelian atau sewaan – menurut Dr Woo Jun Jie, pensyarah kanan di Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew yang mengkaji tadbir urus bandar.
Pada masa hadapan, pakar percaya bahawa strategi perumahan Singapura perlu mengambil kira kemungkinan kehadiran tenaga kerja asing yang lebih besar untuk mengimbangi kadar kelahiran yang rendah dan jumlah penduduk yang semakin menua.
LOKASI RUMAH BAHARU
Rancangan induk terbaharu ini merangkumi kejiranan baharu di kawasan seperti Newton, Paterson, Dover-Medway (di Dover Road), bekas tapak Singapore Racecourse di Kranji, Pangkalan Udara Paya Lebar dan kawasan Limbungan Kapal Sembawang.
Pakar berkata keputusan mengenai jenis perumahan di setiap kawasan dipandu oleh faktor seperti nilai tanah, kepadatan yang dibenarkan dan ketersediaan tanah.
Sebagai contoh, kawasan utama dengan harga tanah tinggi seperti Newton dan Paterson dijangka dibangunkan untuk perumahan privet, sejajar dengan kos pembangunan dan permintaan untuk kediaman mewah, kata Profesor Kewangan dan Hartanah, Qian Wenlan dari Sekolah Perniagaan Universiti Nasional Singapura (NUS).
Sebaliknya, kawasan seperti Dover-Medway dianggap “lebih mampu untuk dimiliki”.
Profesor Madya Theseira menambah bahawa projek perumahan awam di Singapura biasanya berskala besar dengan kepadatan tinggi bagi membolehkan pelaburan dalam prasarana seperti pusat bandar, poliklinik, pusat makanan dan pengangkutan awam.
Sementara itu, kejiranan baharu ini juga perlu sejajar dengan rancangan pemerintah yang lebih luas, untuk mewujudkan kawasan ekonomi di luar pusat bandar dan membawa peluang pekerjaan lebih dekat ke tempat tinggal, jelas Profesor Qian.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.