Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan pakej katering bagi berbuka puasa melonjak jelang Ramadan meski lebih mahal

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Mar 2022 08:55PM Dikemas Kini : 21 Mar 2022 11:07AM

SINGAPURA: Perniagaan bagi beberapa syarikat katering yang menyediakan makanan Halal semakin bertambah menjelang bulan Ramadan nanti. 

Ada yang menyaksikan permintaan lebih tinggi jika dibandingkan dengan tahun lalu. 

Permintaan bagi khidmat katering yang disediakan oleh syarikat Pak Dollah misalnya melonjak sebanyak 80 peratus tahun ini, berbanding Ramadan yang lalu. 

Namun kali ini, harga menu yang ditawarkannya adalah S$40 lebih mahal akibat kos penghantaran, bahan mentah dan tenaga kerja yang lebih tinggi. 

Sungguhpun demikian, para pelanggannya sudah bersedia untuk membayar S$380 bagi setiap orang untuk 20 hidangan yang akan dihantar ke rumah mereka nanti. 

Syarikat Ukashah, yang menawarkan pilihan makanan lebih sihat pula, sudah pun melancarkan menu baru khusus bagi bulan puasa. 

Jumlah pesanan yang diterima meningkat 40 peratus dan mereka masih lagi menerima permintaan bagi pakej Ramadan. 

Para pelanggan berkata, Langkah Pengurusan Selamat (SMM) diperkemas yang membolehkan sehingga lima pengunjung ke rumah pada satu-satu masa, menggalakkan mereka untuk berbuka puasa bersama para anggota keluarga di rumah.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan