Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan khidmat ubah elok melonjak 20% jelang kenaikan GST

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Dec 2022 05:43PM Dikemas Kini : 27 Dec 2022 09:15PM
SINGAPURA: Sebilangan syarikat ubah elok menyatakan, para pemilik rumah mungkin perlu membayar sehingga 20 peratus lebih mahal bagi kerja-kerja ubah elok.

Ini kerana syarikat-syarikat dalam sektor itu dijangka terus bergelut dengan kenaikan kos.

Sesetengah syarikat ubah elok mendapati permintaan dari pelanggan naik sekurang-kurangnya 20 peratus menjelang kenaikan GST sebanyak 1 lagi peratus mulai tahun depan.

Flat di Woodleigh misalnya dijangka siap diubah elok dan dipindah masuk menjelang akhir tahun ini.

Ini selepas kerja-kerja ubah elok tertangguh selama dua bulan, ekoran masalah kekurangan pekerja berkemahiran dan juga pandemik.

"Kita tidak boleh menggunakan pekerja separuh masa, atau kontraktor lain untuk menyelesaikan tugas itu. Ini tidak adil untuk pemiliknya. Dan ia berisiko menjejas mutu hasil kerjanya," kata Kat Tan, Pelopor D Editors.

Dek pandemik juga, jumlah pekerja memasang jubin dan tukang kayu berkurangan.

Ada yang bersara dan ada yang sudah pulang ke tanahair masing-masing.

"Kita bergantung 80 peratus pada tenaga kerja asing. Maka itu, kita perlu memupuk bakat tempatan. Kita mesti bersikap realistik mengenai bentuk tenaga kerja yang sedia ada. Ini akan mengambil masa, dan kita sedang meningkatkan usaha dengan kerjasama pemerintah," ujar Gena Thien, Pengarah, Persatuan Kontraktor dan Pembekal Bahan Ubah Elok.

Bagi mengatasi masalah itu, Persatuan Kontraktor dan Pembekal Bahan Ubah Elok akan melancarkan kursus pemasangan jubin dan pertukangan kayu tahun depan.

Namun satu lagi cabaran ialah kos bahan yang meningkat.

Harga simen kini naik 20 peratus, sementara harga bahan keluli pula menjulang sekitar 50 peratus.

"Kiriman bahan mentah seperti simen dan jubin sebenarnya akan menambah kos ubah elok, sekitar 10 peratus," kata
Jillien Lum, Pereka Kanan, Renozone Interior Design House.

Industri ubah elok dijangka memerlukan lagi enam atau lapan bulan untuk menyelesaikan projek-projek sekarang kerana pandemik, sedang permintaan bagi khidmat itu terus meningkat tahun depan.

Ini sekali gus akan memacu kenaikan harga.

Dengan harga khidmat ubah elok dijangka meningkat sehingga 20 peratus tahun depan,
ini mungkin mendorong pemilik rumah membeli kabinet yang sudah siap dipasang, an bukan yang ditempah khas.
Sumber : CNA/KH/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan