Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan khidmat kiriman naik 20% sempena musim perayaan akhir tahun

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pada musim perayaan akhir tahun ini, syarikat-syarikat penghantaran dan e-dagang menyaksikan permintaan bagi perkhidmatan mereka naik 20 peratus berbanding tahun lalu.

Mereka mendakwa orang ramai berbelanja lebih terutama untuk barangan makanan.

Misalnya, kakitangan SingPost bertugas sepanjang waktu untuk memastikan kesemua kad serta bungkusan hadiah Krismas dihantar tepat pada masanya.

Syarikat khidmat pos tersebut mula sibuk sejak Oktober lalu dengan bermulanya jualan online sempena musim perayaan.

Malah, ia perlu menambah tenaga kerjanya untuk memenuhi permintaan yang lebih tinggi. 

Platform e-dagang Lazada dan cabang runcitnya RedMart pula menyatakan permintaan bagi barang makanan terutama ayam belanda, daging dan kek gulung, meningkat sekitar 30 hingga 40 peratus.

Ini sedang lebih ramai membeli hadiah secara online. 

"Golongan pengguna tahun lalu dan tahun ini juga sudah berbeza. Tahun ini, anda lihat lebih ramai pengguna mencari produk yang boleh digunakan di rumah. 

"Anda boleh lihat produk kecantikan, yang terus dibeli secara kerap. Terdapat juga lebih kepercayaan dan rasa terjamin terhadap (khidmat) e-dagang jadi mereka mula membeli barang-barang lebih berharga juga," kata CEO Lazada Singapore, Loh Wee Lee. 

Lazada menggunakan model ramalan untuk menentukan kadar permintaan dan juga memperluaskan armada penghantarannya mengikut pertambahan permintaan yang bermusim. 

Selain itu, syarikat penghantaran Ninja Van juga menyaksikan lonjakan dalam permintaan sebanyak 20 hingga 30 peratus, berbanding tahun lalu. 

Oleh itu, ia sudah mengubah waktu kerja dan jadual kakitangannya untuk memastikan tenaga kerja yang mencukupi untuk membantu menyusun bungkusan.

Khidmat automasi juga dimanfaatkan Ninja Van supaya mereka tidak terlalu bergantung kepada tenaga kerja.

Semuanya untuk memproses bungkusan dengan lebih cepat agar kiriman boleh sampai sebelum hari Krismas. 

Sumber : CNA/IA/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan