Permintaan khidmat kenderaan ziarah pusara naik 30%, tempahan penuh hingga dua minggu pertama Syawal
Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Mahu beri kemudahan dan keselesaan buat Muslim yang tiada kenderaan sendiri untuk menziarahi pusara.
Itulah yang mendorong buat Encik Muhammad Hafiz Mohamed Yusoff untuk memulakan khidmat ulang-alik khusus dari rumah ke tanah perkuburan.
Dengan bayaran antara $60 hingga $80 mengikut jarak perjalanan, sehingga empat penumpang boleh menziarahi seberapa banyak pusara yang diinginkan dalam tempoh dua jam.
"Untuk masuk ke dalam sini agak susah dan kalau naik kenderaan lain mungkin mereka takkan tunggu. Mereka akan terus tinggalkan," kata Encik Hafiz.
Dimulakan sejak 2018, Encik Hafiz melihat permintaan bagi khidmatnya itu kian meningkat.
Kesemua slot sehingga dua minggu pertama Aidilfitri sudahpun penuh ditempah.
"Banyak tempahan berbanding tahun lepas. Mungkin ada peningkatan lebih kurang 30 peratus dan tahun ini pada Ramadan ini tahun 2023 saya dapat tempahan yang penuh Alhamdulillah setiap hari ada tempahan," tambahnya.
TAMBAH PEMANDU, KHIDMAT ULANG-ALIK MRT DALAM PERANCANGAN
Tempahan slot boleh dibuat menerusi aplikasi telefon bimbit di mana pelanggan boleh melihat jadual dan slot yang masih kosong.
Ia dibangunkan Encik Hafiz sendiri bagi memberi lebih kemudahan kepadanya dan para pelanggan.
"Pada mulanya tempahan semua dibuat melalui WhatsApp, mesej dan panggilan dan amat susah untuk saya seorang diri untuk uruskan semua dan juga amat susah untuk pelanggan kerana dia tidak tahu bila masa-masa yang saya ada, yang saya ada untuk mereka tempah. Selepas mereka membuat tempahan, saya terus akan diberitahu dan saya terus menghubungi mereka," ujar Encik Hafiz.
Selain menerusi aplikasi, beliau juga menerima tempahan menerusi laman Facebook.

Encik Hafiz yang menyediakan khidmat ini seorang diri berharap dapat menarik lebih ramai pemandu untuk menyertainya.
"Kalau kita ada lebih pemandu, insya-Allah kita akan dapat penuhi permintaan mereka. Kalau ada kesempatan saya nak buat khidmat ulang alik mungkin dari MRT terdekat ataupun masjid terdekat," tambahnya.
LANCARKAN PERJALANAN ZIARAH KUBUR 2,3 KALI SEBULAN
Antara 20 pelanggan tetap yang menggunakan khidmatnya setiap bulan ialah pasangan Encik Omar Ali Tambri dan Cik Zubaidah Safuan.
Mereka datang ke tanah perkuburan dua, tiga kali sebulan untuk menziarahi pusara kaum keluarga dan saudara mara yang sudah pergi selamanya.
"Lazimnya kita ada beberapa jugalah kubur untuk diziarahi. Kadang-kadang, empat, lima kubur jadi tengok kita punya masa terhad," kata Encik Omar Ali.
Mereka mendapati khidmat sedemikian berbaloi kerana menjimatkan masa dan wang. Ia juga melancarkan perjalanan mereka yang tinggal di Yishun untuk berulang-alik ke Pusara Abadi.
Cik Zubaidah berkongsi, beliau turut berpuas hati dengan bantuan tambahan yang diberikan Encik Hafiz kepadanya suami isteri.
"Kami selesa dengan perkhidmatan macam ini kemudian sesuailah dengan kehendak kami. Tambahan lagi, Hafiz seorang yang cekap dan pantas bantu kami cara pusara yang agak sukar untuk kami carilah," ujar Cik Zubaidah.
Dengan kenaikan kos minyak, Encik Hafiz berkata harga perkhidmatannya mungkin akan dinaikkan 30% selepas lebaran nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.