Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan khidmat bas ulang-alik privet jadi pilihan yang semakin popular

Permintaan kian meningkat bagi khidmat bas ulang-alik privet untuk menjemput para penumpang di mana sahaja dan apabila mereka mahukan pada harga lebih murah berbanding teksi.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Nov 2018 07:59PM Dikemas Kini : 05 Nov 2018 09:29PM

SINGAPURA: Permintaan kian meningkat bagi khidmat bas ulang-alik privet untuk menjemput para penumpang di mana sahaja dan apabila mereka mahukan pada harga lebih murah berbanding teksi.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) merancang untuk mencuba model tersebut bagi laluan-laluan perjalanan bas awam terpilih, bulan depan.

Khidmat kongsi bas, ShareTransport, sebagai contoh kini melakukan sekitar 50 laluan perjalanan - naik daripada hanya lima apabila ia mula melancarkan aplikasinya pada 2015. Syarikat itu memulakan laluan-laluan perjalanan tambahan setelah menyaksikan permintaan yang meningkat daripada para penumpang.

Sementara itu, Grab pula menyatakan, jumlah penumpangnya bagi khidmat bas ulang-alik berdasarkan permintaan berkembang lebih lapan kali ganda sejak percubaan dimulakan setahun lalu.

Apabila Singapura mencuba khidmat bas berdasarkan permintaan yang pertamanya mulai Disember ini, para penumpang akan dapat memilih perhentian bas di mana mereka ingin dijemput atau diturunkan menerusi satu aplikasi mudah alih.

LTA memberikan kontrak bernilai $2.26 juta kepada dua syarikat - Via Transportation yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan firma pemula tempatan, Ministry of Movement - untuk menjalankan percubaan itu.

Menurut seorang pakar yang ditemui Mediacorp, langkah itu akan membantu mengurangkan perbelanjaan untuk mengendalikan khidmat-khidmat bas awam.

Percubaan itu juga tidak mungkin memberi kesan kepada khidmat sedia ada yang ditawarkan oleh pengendali privet kerana sasaran pasaran mereka adalah berbeza.

Menurut LTA, percubaan itu akan dimulakan bagi khidmat-khidmat bas terpilih dengan permintaan perjalanan yang rendah di luar waktu sibuk. Laluan-laluan yang dipertimbangkan termasuk Joo Koon, Punggol dan Marina South.

Khidmat bas berdasarkan permintaan sudahpun dilaksanakan di negara-negara lain seperti Amerika Syarikat.

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan