Permintaan kereta sewa untuk Syawal ini lebih tinggi, tempah lebih awal
Dari seawal sebelum Ramadan lagi, syarikat-syarikat kereta sewa sudah mula menerima tempahan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Dari seawal sebelum Ramadan lagi, syarikat-syarikat kereta sewa sudah mula menerima tempahan.
Begitu juga dengan penyedia khidmat kongsi kereta seperti GetGo.
Ketua Pegawai Teknologi syarikat itu, Encik Malik Badaruddin berkata, "Sebulan sebelum ini, kita sudah melihat 75 peratus kenderaan kami sudahpun ditempah untuk Hari Raya."
Beliau juga memberitahu wartawan Nurhelmy Hakim bahawa pengguna juga menyewa untuk tempoh yang lebih lama semasa musim perayaan nanti.
"Tempahan ini semua lebih daripada 12 jam ke atas. Ini sesuatu yang unik kerana minggu-minggu lalu, tempahan mereka tidak semestinya sebegini. Selalunya para pengguna kami pada hujung minggu membuat tempahan 3 atau 4 jam," kata Encik Malik.
.jpg)
Berdasarkan lelaman web syarikat itu, kereta-kereta boleh disewa pada harga sekitar S$80 sehari untuk kereta-kereta ekonomi seperti kereta Sedan.
Kereta-kereta seperti Mercedes dan BMW pula boleh disewa pada harga S$240 sehari.
Kadar harga sewa setiap jam juga dianggarkan antara S$5 hingga S$18.
Bagi memenuhi permintaan lebih tinggi pada musim perayaan ini, syarikat itu juga menambah jumlah kereta.
"Sejak Hari Raya yang lalu, jumlah kereta kami sudah meningkat dari 2,400 kenderaan kepada lebih 3,000 kenderaan. Ini demi untuk memenuhi permintaan yang meningkat agar para pengguna kami dapat mengunjung rakan-rakan dan saudara-mara mereka pada Hari Raya ini," kata Encik Malik.
SYARIKAT KERETA SEWA SUDAH TERIMA TEMPAHAN DARI TAHUN LALU
Meskipun penyedia khidmat kongsi kereta memberi pilihan tambahan kepada pengguna dan beri saingan kepada syarikat kereta sewa sedia ada, permintaan bagi kereta sewa tetap tinggi pada musim perayaan ini.
Syarikat sewa kereta, Ride Now Pte Ltd misalnya, sudah menerima tempahan bagi hampir 100 peratus kereta-keretanya setakat ini.
Syarikat itu memiliki kira-kira 200 buah kereta sewa.
.jpg)
Pengurus syarikat itu, Encik Travis Seah mengatakan bahawa tempahan sudah mula dibuat pada lewat tahun lalu.
"Kelainannya tahun ini berbanding tahun-tahun lepas adalah tempahan dibuat lebih awal lagi. Selalunya kita menerima tempahan dua bulan lebih awal tetapi sekarang kita menerima tempahan sekitar empat bulan lebih awal. Sekitar 20 peratus daripada keseluruhan jumlah tempahan adalah daripada tempoh tersebut," kata Encik Seah.
Ini meskipun para pelanggannya perlu menyewa bagi pakej tujuh hari bagi tempoh sewa dalam minggu pertama Hari Raya.
Ini bermakna walaupun ada yang ingin menyewa hanya untuk dua atau tiga hari, mereka tetap perlu membayar pakej sewa buat tujuh hari.
Menurut Encik Seah, ia satu amalan biasa yang dibuat oleh syarikat-syarikat sewa kereta semasa musim perayaan.
"Pakej itu bermula dari Isnin hingga Isnin depan atau Selasa hingga Selasa depan, bergantung kepada jadual mereka. Kereta-kereta kita bermula pada harga S$888 bagi kereta-kereta ekonomi dan S$1,888 bagi kereta-kereta 'intercontinental'," jelas Encik Seah.

Menurutnya lagi, harga sewa kereta sudah meningkat kurang 10 peratus berbanding musim Hari Raya tahun lalu.
"Harga sewa meningkat kerana kos-kos lain juga sudah meningkat, misalnya harga minyak enjin juga sudah meningkat sekiranya kereta itu perlu diservis. Kereta-kereta juga adalah kereta terpakai, di mana kita membelinya pada harga dengan kadar susut nilai yang lebih tinggi, jadi kita perlu meletakkan harga sewa agak tinggi untuk mendapatkan keuntungan," jelas Encik Seah.
Untuk harga yang lebih tinggi itu, beliau juga memastikan setiap kereta yang disewa syarikatnya disertakan dengan aksesori tambahan seperti tempat meletak telefon bimbit dan tempat duduk kanak-kanak dan bayi secara percuma.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.