Skip to main content

Singapura

Permintaan global bagi karya artis SG semakin meningkat; lebih banyak perlu dilakukan untuk pikat bakat muda

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Permintaan bagi karya artis Singapura semakin meningkat di peringkat antarabangsa dan bukan setakat karya perintis abad ke-20 yang terkenal seperti Georgette Chen dan Liu Kang.

Kedua-duanya adalah antara generasi pelukis perintis di sini yang membentuk gaya lukisan Nanyang.

Artis yang masih hidup juga semakin menarik minat orang ramai terhadap karya mereka, dan karya mereka memperoleh harga yang lebih tinggi untuk karya agung masing-masing.

Sungguhpun demikian, institusi-institusi seni di sini memberitahu Mediacorp bahawa permintaan pembeli belum cukup untuk menarik artis muda ke dalam kerjaya seni, dengan landskap yang lebih mantap untuk memupuk dan menilai bakat diperlukan.

PEMINAT DARI LUAR NEGARA

Artis tempatan Faris Heizer adalah antara artis yang karyanya semakin mendapat perhatian di luar negara.

"Saya secara perlahan-lahan, mudah-mudahan, dapat menembusi pasaran Amerika," artis berusia 25 tahun itu memberitahu Mediacorp.
Encik Faris akan mendapat peluang untuk memikat pasaran itu lagi, apabila beliau melancarkan pameran solo pertamanya di Los Angeles pada November, yang dilihatnya sebagai satu peristiwa penting dalam mencapai matlamat utamanya.

LEBIH BANYAK MINAT TERHADAP ARTIS TEMPATAN

Galeri-galeri seni tempatan memberitahu Mediacorp bahawa karya artis Singapura berhasil menarik lebih banyak minat baru-baru ini.

Galeri Cuturi, yang mewakili Encik Faris berkata permintaan bagi karya-karya ini meningkat sekitar 40 peratus dalam tempoh tiga tahun lalu.

Terdapat juga sokongan yang padu bagi sektor ini daripada pemerintah, melalui geran dan skim pembiayaan Majlis Seni Kebangsaan (NAC), tambah Cik Choy.

Galeri tempatan Confluence Art Space menyatakan pihaknya menyaksikan 30 peratus lebih banyak pertanyaan berbanding setahun lalu, dengan sebahagian besar minat adalah daripada pembeli luar negara yang sudah biasa dengan artis generasi pertama Singapura.

MEMBURU KERJAYA SENI HALUS

Minat yang semakin meningkat terhadap karya Singapura bagaimanapun belum cukup memberi inspirasi kepada lebih ramai bakat muda untuk meneruskan kerjaya dalam seni halus.

Sekolah-sekolah seni di sini memberitahu Mediacorp bahawa ia memerlukan lebih daripada permintaan para pembeli untuk menarik artis muda ke dalam kerjaya dalam sektor ini, seperti mempunyai cara yang lebih mantap untuk membangunkan bakat.

Pensyarah Kanan Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) Ye Shufang berkata bahawa ia masih akan mengambil masa untuk landskap seni halus tempatan benar-benar berkembang, tetapi minda perlu berubah secara perlahan-lahan.

NAFA dan Kolej Seni LASALLE akan berganding bahu untuk membentuk universiti seni swasta pertama yang disokong pemerintah, dengan Universiti Seni Singapura, bakal menyambut kohort sulungnya pada Ogos tahun depan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita