Skip to main content

Singapura

Permintaan bilik hotel SG meningkat jelang musim F1

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan bilik hotel SG meningkat jelang musim F1

Novotel Singapore Clarke Quay dilihat dalam latar belakang gambar Clarke Quay yang dimuat naik oleh hotel itu pada laman Facebooknya pada April 2017. (Gambar: Facebook/Novotel Singapore Clarke Quay)

Diterbitkan : 27 Sep 2025 07:14PM Dikemas Kini : 27 Sep 2025 07:15PM
SINGAPURA: Permintaan bagi bilik hotel di Singapura semakin meningkat menjelang musim Formula 1.

Sesetengah hotel menyatakan kadar penyewaan mereka meningkat kepada dua angka.

Untuk memenuhi permintaan yang tinggi itu, hotel-hotel menambah jumlah kakitangan dan mengetatkan kawalan keselamatan.

Ada juga yang menyusun semula bilik-bilik menjadi suite hospitaliti .

Kakitangan mengemas dan F&B mempunyai tempoh bekerja lebih panjang semasa waktu sibuk ini.

<<"Singapura, pada masa akan datang, boleh menjadi destinasi utama untuk menawarkan pakej kepada pelawat bagi melibatkan diri dalam kesihatan atau kesejahteraan.

"Misalnya, ini boleh jadi dalam perkhidmatan seperti spa atau kecantikan, malah sama khusus seperti rias kuku, pedikur," kongsi Profesor Lawrence Loh dari Jabatan Strategi dan Dasar Sekolah Perusahaan Universiti Nasional Singapura (NUS).>>

Profesor Lawrence Loh dari NUS menambah bahawa ekonomi ASEAN serantau yang semakin rancak membantu mengekalkan permintaan untuk acara yang diadakan di Singapura seperti perlumbaan F1.

Beliau menjangkakan pertumbuhan sihat pelawat akan berterusan pada tahun hadapan.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita