Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan bagi tempahan hotel dijangka melonjak pada separuh kedua 2024

Anggaran Waktu Membaca:
Permintaan bagi tempahan hotel dijangka melonjak pada separuh kedua 2024

(Gambar: 21carpenter_sg/Instagram)

SINGAPURA: Sebilangan hotel tempatan jangkakan permintaan untuk penginapan akan melonjak dalam beberapa bulan akan datang.

Ini didorong oleh pelbagai persidangan dan acara sukan yang bakal dianjurkan.

Konsert artis-artis terkemuka juga mampu menarik lebih ramai pelancong ke Singapura.

Hotel butik 21 Carpenter adalah antara hotel terbaharu di kawasan Clarke Quay.

Ramai tetamunya datang dari Amerika Syarikat, Australia dan UK.

Sempena cuti musim panas, perniagaannya naik sekitar 10 peratus.

Malah, dalam tiga hingga enam bulan akan datang, permintaan dijangka bakal naik sehingga 30 peratus.

Ini memandangkan acara Grand Prix Singapura pada September ini dan juga konsert bintang pop Dua Lipa yang bakal berlansung pada November.

Pengurus besar 21 Carpenter Tarun Karla berkata: "Tetamu yang kerap berkunjung dan menginap di hotel lain, kini mencari sesuatu yang berbeza. Kami boleh tawarkan yang sedemikian kepada mereka untuk menikmati lokasi dan suasana berbeza. Inilah kedudukan kami dalam konteks lebih luas."

Sementara itu, Hotel Sofitel yang terletak di Sentosa itu juga menyaksikan tempahan semakin rancak untuk separuh kedua tahun ini.

Tempahan bilik hujung minggu sempena Hari Kebangsaan misalnya, cukup memberangsangkan.

Pengarah Kelompok, Perhubungan Korporat
Sofitel Singapore Sentosa Resort & Spa Michelle Wan berkata: "Misalnya, Hari Kebangsaan merupakan hujung minggu yang panjang, kami jangkakan tempahan yang tinggi pada hujung minggu itu. Yang kedua, dengan acara sukan bertaraf dunia, acara MICE dan persidangan utama, selain konsert, kami yakin boleh manfaatkan pelbagai peluang ini untuk melengkapi strategi jualan kami."

Tambah Cik Michelle, skim pengecualian visa selama 30 hari bagi pelancong dari China juga satu bonus.

Ia banyak membantu dalam meningkatkan permintaan bagi bilik-biliknya.
Sumber : CNA/IA/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan