Skip to main content

Singapura

Permintaan bagi tarian singa naik 30%; sesetengah terpaksa ditolak kerana kurang anggota

Sempena sambutan Tahun Baru Cina, permintaan bagi tarian singa naik 30 peratus berbanding tempoh sebelum pandemik.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sempena sambutan Tahun Baru Cina, permintaan bagi tarian singa naik 30 peratus berbanding tempoh sebelum pandemik.

Namun, banyak kumpulan sukar mendapatkan anggota baru sehingga hampir 20 peratus permintaan terpaksa ditolak.

Bagi hari pertama Tahun Baru Cina, hanya 25 peratus permintaan dapat dipenuhi, meskipun gaji bagi setiap anggotanya dinaikkan hampir 30 peratus.

Kebanyakan anggota pula sebenarnya bekerja sepenuh masa dalam bidang lain dan selalunya hanya dapat berlatih pada waktu malam.

Ia diburukkan lagi dengan kesukaran untuk menarik lebih ramai golongan muda untuk menyertai bidang itu.

Menurut kumpulan-kumpulan itu, mereka akan menggunakan media sosial untuk menarik lebih ramai generasi muda.

Sumber : CNA/KJ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita