Permintaan bagi ruang kediaman perumahan awam dengan bantuan mesra warga tua semakin meningkat
Anggaran Waktu Membaca:
Flat HDB di Singapura. (Gambar: CNA/Calvin Oh)
SINGAPURA: Warga emas di sini meningkatkan permintaan bagi aturan hidup sebumbung dengan individu lain, dengan adanya bantuan di flat-flat perumahan awam, di mana para penghuni menyewa unit itu dan berkongsi penjaga.
Model sedemikian membantu menepati sasaran pemerintah untuk membolehkan lebih ramai warga emas "menjalani hari-hari tua mereka dengan teratur", di mana mereka meniti usia senja dengan tenang di rumah dan dalam masyarakat.
Namun ia akan mengambil masa lebih lama sebelum konsep itu disediakan secara meluas, menurut para pemerhati, sedang bekalan flat terhad dan harga sewa yang meningkat membebankan para penyedia yang menawarkan alternatif tersebut berbanding rumah-rumah jagaan.
TINGGAL SEBUMBUNG DENGAN ORANG LUAR
Cik Ow Fong Keng, 79 tahun, adalah salah seorang daripada warga emas seumpama itu yang berkongsi flat empat biliknya di Woodlands dengan dua rakan serumah.
Ketiga-tiga warga emas itu memulakan tahun ini sebagai orang luar yang tinggal bersama tetapi kini membantu menjaga satu sama lain di bawah aturan penyedia jagaan Red Crowns Senior Living.
"Jika sesuatu berlaku pada saya, ada orang yang akan tahu," kata beliau. "Sebab saya seorang yang pendiam dan tidak suka banyak berbual."
Red Crowns Senior Living menyewa hartanah di pasaran terbuka dan menyewakannya kepada mereka untuk digunakan sebagai alternatif kepada rumah jagaan.
Cik Ow menyewakan flatnya kepada perniagaan itu dan mereka menyediakannya dengan pilihan orang yang membantu untuk menemani dan menjaga beliau.
Bagi penyewa, ia menelan kos sekurang-kurangnya S$2,000 sebulan, yang merangkumi sewa dan penjaga.
"Kami mempunyai sistem di mana penjaga perlu memberi kemas kini tentang hidangan makanan dan kegiatan yang dilakukan setiap hari. Dan kami mempunyai penyelaras jagaan yang akan melawat ke rumah berbeza untuk menziarahi dan bagi memastikan kesejahteraan penduduk," kata Cik Phern Tan, pengurus jagaan di Red Crowns Senior Living.
"Kami juga mempunyai beberapa kegiatan untuk mereka. Para penyelaras jagaan akan melakukan beberapa kegiatan, dan adakalanya kami juga membawa penghuni keluar."
Model perniagaan itu kian mendapat perhatian, sedang lebih ramai warga emas memilih untuk meniti usia senja dengan tenang.
Selepas setahun memulakan konsep sedemikian, syarikat itu sudah menyewa 30 flat dan tiga kondominium bagi warga emas.
Bagaimanapun, rancangan untuk terus memperluaskan inisiatif itu dihambat kos yang meningkat.
Harga sewa di Singapura menjulang tinggi sejak beberapa tahun lalu. Secara keseluruhannya, sewa HDB naik 27.5 peratus dari tahun ke tahun.
Menyewa flat empat bilik di sebuah kejiranan seperti Hougang, misalnya, boleh menelan belanja sekurang-kurangnya S$4,000 sebulan.
Kos perbekalan yang lebih tinggi juga menimbulkan masalah, kata para pemerhati.
Penyewa di bawah model tersebut bagaimanapun membayar sehingga S$200 sebulan selepas subsidi pemerintah buat masa ini.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.