Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Permintaan bagi ruang fizikal perniagaan online meningkat

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih banyak perniagaan online di Singapura mahu menggunakan ruang fizikal seperti gerai-gerai 'pop-up' untuk meraih faedah daripada lonjakan dalam jumlah pelanggan terutama sekali semasa musim perayaan ini.

Di beberapa tempat beli-belah, permintaan naik 50 peratus, manakala ada yang sudah ditempah sepenuhnya sehingga tahun depan.

Permintaan bagi kemudahan penyimpanan juga semakin bertambah bagi menampung permintaan e-dagang yang semakin banyak.

Contohnya, syarikat Work+ Store yang mengurus ruang-ruang penyimpanan sedemikian.

Ia sudah membelanjakan S$150,000 untuk melakukan ubah suai sebuah studio bagi membantu peruncit mengambil gambar yang lebih baik bagi pemasaran. 

Ia menjangkakan penggunaan kemudahannya akan meningkat sekitar 33 peratus dalam masa beberapa bulan akan datang.

Syarikat itu juga sedang mempertimbangkan untuk menambah lebih banyak kemudahan sedemikian di sembilan cawangannya yang lain. 

Ini terutama sekali apabila permintaan bagi peruncit-peruncit e-dagang melonjak 20 peratus dalam tempoh enam bulan yang lalu

Sumber : Agensi berita/EM/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan